Nak Kahwin Dah? Ini Adalah Procedure Pernikahan Di Malaysia

5 cara procedure nak nikah di malaysia
via MEFA

Bila pasangan sudah bercinta dan suka sama suka, keinginan untuk berumah tangga pasti terdetik dihati. Jadi ambil keputusan untuk menikah atau berkahwin bagi menjalani kehidupan bersama-sama sehingga akhir hayat dengan jalinan dan ikatan yang sah. Inilah merupakan antara hajat bagi semua orang jika mempunyai pasangan.

Sebab itu dalam Islam, antara perkara yang perlu dipercepatkan antaranya adalah permudahkan perkahwinan bagi mereka yang sudah mempunyai pasangan. Justeru itu, jika anda sudah cukup kewangan dan sudah bersedia, kahwin dan nikahilah pasangan anda supaya jalinan percintaan tersebut semakin baik kerana adanya ikatan yang sah.

Jadi kepada mereka yang mempunyai hajat ingin berkahwin, di Malaysia telah pun ditetapkan cara atau procedure pernikahan yang perlu dipatuhi. Cuba ambil perkara ini kearah yang positif, supaya segala perkara mudah baik sebelum kahwin atau selepas kahwin kelak. Ianya juga mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita tak tahu kan.

Langkah-Langkah Dan Procedure Pernikahan Di Malaysia


#1 - Kursus Perkahwinan


Benda wajib yang paling penting sebelum memohon kebenaran berkahwin anda perlu mengikuti atau menghadiri kursus pra-perkahwinan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam bagi memperoleh Sijil Perkahwinan.

5 cara procedure nak nikah di malaysia

Lelaki dan perempuan dua-dua wajib pergi kursus perkahwinan ini. Biasanya kursus kahwin ni dijalankan selama 2 hari sahaja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Anda perlu mendaftar untuk mengikuti kursus ini terlebih dahulu melalui Jabatan Agama Islam di tempat anda. Anda boleh layari laman web mereka untuk ketahui lebih lanjut. Harga kursus ini bermula daripada RM50 hingga RM150 bergantung kepada tempat yang anda pergi. Adalah lebih baik jika, anda mengikuti sendiri yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam, takut-takut jika anda pergi melalui agensi, sijil yang dikeluarkan tidak diterima.

Bagi sesetengah tempat, jika selesai kursus 2 hari ini, anda akan diberi ujian bertulis. Kalau lulus barulah anda layak untuk diberi sijil berkahwin. Tetapi biasanya, jika anda sudah menghadiri kursus ini selama  2 hari, anda sudah memang boleh untuk kahwin pun. Sijil ni boleh dipakai seumur hidup, jika anda ingin berkahwin kali ke 2 kelak, tak perlulah pergi kursus lagi. Jadi pastikan sijil ini disimpan dengan baik.

#2 - Ujian HIV

5 cara procedure nak nikah di malaysia

Setiap pasangan sebelum berkahwin diwajibkan menjalani ujian HIV. Ini penting untuk mengetahui status HIV seseorang individu. Tujuan HIV test ni utk kurangkan kadar HIV daripada merebak seluruh negara. Ujian HIV boleh dijalankan di klinik kesihatan atau dekat sesetengah hospital. Sebelum buat ujian HIV, pastikan anda bawa sekali borang nikah dan juga borang ujian HIV yang boleh didapati daripada Pejabat Agama Islam Negeri, dimana anda menikah nanti atau melalui laman web Pejabat Agama Negeri. So nanti result ujian doctor akan isi dalam borang tu. Keputusan akan dapat masa tu jugak.

Kalau keputusan HIV korang negative, so anda tak ada halangan untuk bernikah. Tetapi kalau keputasan anda positive, anda perlu hadiri sesi kaunseling terlebih dahulu. Semasa sesi kaunseling, anda dan pasangan akan diajar teknik mencegah penyebaran HIV. Selain ujian HIV, bakal pengantin perempuan kene menjalani ujian thalassemia (ujian genetic).

#3 - Borang Pemohonan Nikah

Sebaiknya, 3 bulan sebelum bernikah, dua-dua pihak perlu isi dan hantar borang permohonan bernikah disertai dokumen sokongan yang telah ditetapkan kepada Jabatan Agama Islam. Borang tu anda boleh dapatkan di Pejabat Agama Negeri atau melalui laman web Pejabat Agama Negeri. Ada sesetengah negeri boleh boleh isi borang secara online sahaja.

5 cara procedure nak nikah di malaysia

Cara Untuk Isi Borang Nikah

  1. Terlebih dahulu, pihak lelaki kena isi borang permohonan nikah.
  2. Hantar borang permohonan nikah tersebut termasuk dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, surat pengesahan bujang/dah berkahwin, surat persetujuan isteri pertama (jika sudah berkahwin), surat penceraian (jika sudah bercerai), sijil kursus pra-perkahwinan, borang saringan HIV dan lain-lain bergantung pada negeri masing-masing ke Pejabat Agama Negeri tempat bermastautin. Surat pengesahan bujang/dah berkahwin boleh minta dekat HR company bekerja.
  3. Selepas anda sudah dapat pengesahan borang pihak lelaki, borang tadi anda bagi kepadad pihak perempuan pula untuk dihantar ke Pejabat Agama Negeri tempat bakal isteri bernikah. Hantar bersama-sama borang permohonan nikah pihak perempuan dan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan wali dan dua orang saksi. Jadi pihak perempuan perlu hantar borang nikah diri sendiri dan borang nikah pihak lelaki kepada Pejabat Agama Islam tempat mana mereka akan bernikah.

#4 - Wali Dan 2 Saksi

Wali dan saksi adalah sangat penting dlm process pernikahan dan termasuk dalam salah satu rukun nikah. Wali pulak ada aturanya iaitu bermula dengan ayah kandung pengantin perempun. Kalau tiada, datuk sebelah bapa atau adik-beradik lelaki seibu sebapa. Wali boleh menikahkan sendiri atau boleh diwakilkan kepada Juru Nikah/ Penolong Pendaftaran Nikah dari Pejabat Agama Negeri, dan beliau wajib hadir untuk mengesahkan pernikahan anda nanti. Jadi, anda perlu buat tempahan dan maklum awal-awal tarikh pernikahan kepada juru nikah ni.

5 cara procedure nak nikah di malaysia

Juru nikah ni lah yang akan membaca khutbah nikah dan menguruskan dokumen selepas nikah nanti. Kadang-kadang sebelum akad nikah, Juru nikah akan bertanya soalan basic tentang agama dan juga berkaitan pernikahan. Untuk soalan tersebut, anda boleh rujuk soalan interview yang biasa ditanya ketika sesi pernikahanIanya hanya sekadar untuk pengetahuan sahaja.

Selain daripada wali, pihak perempuan juga perlu menyediakan 2 orang saksi lelaki yang cukup syarat dan mesti hadir ketika majlis akad nikah nanti. Apakah syarat-syaratnya :
  1. Lelaki
  2. Islam
  3. Baligh
  4. Berakal
  5. Sempurna (tidak pekak, bisu, buta)
  6. Fahami bahasa yang dipakai semasa proses akad nikah
Ianya juga perlu diberikan upah kepada juru nikah dan juga 2 orang saksi. Tanya berapa bayaran perlu diberi.

#5 - Mas Kahwin


Mas Kahwin atau mahar ni wajib diberi oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Pelbagai bentuk yang anda boleh beri bagi mas kahwin ini, tidak semestinya duit sahaja. Anda boleh bagi duit, emas, harta, al-Quran, atau doa bacaan dalam al-Quran. Jumlah mas kahwin ni bergantung kepada kemampuan pihak lelaki dan atas persetujuan pihak Perempuan.

5 cara procedure nak nikah di malaysia

Di Malaysia, ada sesetengah Pejabat Agama Negeri yang telah menetapkan jumlah minimum mas kahwin yang perlu dibayar dan ada pulak sesetengah negeri yang tidak meletakkan langsung kadar mas kahwin ni. Anda boleh semak Mas Kahwin 2019 disini jika anda ingin berkahwin pada tahun ini.

Jika di Malaysia anda perlu bezakan mas kahwin dan juga duit hantaran. Ianya perkara berbeza. Mas Kahwin itu wajib dalam Islam kerana terkandung dalam rukun nikah dan juga telah ditulis di dalam al-Quran

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka”.
(Surah An-Nisaa’ Ayat 4)
Manakala duit hantaran itu adalah hanyalah hadiah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan bagi meringankan beban sepanjang proses pernikahan ini berlangsung. Jadi ianya tidak lah wajib. Tetapi zaman kini, perkara ini diambil berat oleh golongan makcik bawang. Jaga-jaga ok.

Diharap 5 perkara procedure pernikahan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran bagaimana langkah untuk proses pernikahan ini berlansung. Ianya bertujuan bukan untuk membebankan kedua pihak tetapi ke arah melancarkan sepanjang perjalanan kehidupan mereka hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!

Post a Comment

Previous Post Next Post