Kejuaraan Ke-6 Ballon d'Or Untuk Pemain Barcelona, Lionel Messi

Kejuaraan Ke-6 Ballon d'Or Untuk Pemain Barcelona, Lionel Messi

Pada pagi tadi, secara rasminya telah diadakan majlis penganugerah kepada bintang bola sepak, Ballon d'Or 2019. Acara tersebut telah di adakan di Theatre du Chatelet, Paris.

Pada tahun ini, Ballon d'Or 2019 telah dianugerahkan kepada pemain Barcelona, Lionel Messi. Dengan kemenangan ini, sekali lagi sejarah tercipta dimana beliau merupakan pemain bola yang paling banyak menerima anugerah Ballon d'Or iaitu sebanyak 6 kali. Manakala 'musuh tradisi' Cristiano Ronaldo memenangi sebanyak 5 kali.

Mengikut perangkaan, kemenangan Lionel Messi tersebut berlaku pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.

Mengikut kejayaan beliau bersama pasukannya pada musim 2019 ini, beliau hanya membantu pasukannya, Barcelona memenangi La Liga 18/19 sahaja sedangkan tewas pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada Liverpool dan tewas di dalam final Copa del Rey menentang Valencia.

Dalam acara tersebut juga, pemain pertahanan Liverpool Virgil Van Dijk menduduki tempat ke-2 meskipun disebut-sebut sebelum ini bakal memenangi Ballon d'Or ini. Kemudian diikuti Cristiano Ronaldo di tempat ke-3. Bagi kedudukan lain, 2 pemain Liverpool Sadio Mane, Mohamed Salah dan pemain PSG, Kylian Mbappe masing menduduki tempat ke-4, ke-5 dan ke-6.

Adakah Cristiano Ronaldo akan kembali mengejar gelaran tersebut bagi tahun 2020 pula? Kita tunggu..

Post a Comment

Previous Post Next Post