Maher Zain Seru Lebih Ramai Selebriti Bersuara Berkaitan Isu Penindasan Etnik Uyghur

Maher Zain Seru Lebih Ramai Selebriti Bersuara Berkaitan Isu penindasan Etnik Uyghur

Pada beberapa hari yang lepas, bintang Arsenal Mesut Ozil telah mengeluarkan kenyataan peribadi beliau terhadap isu penindasan Etnik Islam Uyghur di China di akaun Twitter dan Instagram milik beliau.

Penindasan etnik Uyghur ini sepertinya tidak mendapat liputan yang luas dan sekali gus dunia tidak mengambil cakna akan sikap tidak berperikemanusiaan ini daripada China terhadap rakyatnya sendiri.

Mesut Özil on Twitter

HayırlıCumalarDoğuTürkistan 🙏🏼

Susulan dengan kenyataan tersebut, secara tidak langsung pada hujung minggu lepas, pihak China telah membatalkan siaran langsung tayangan perlawanan EPL antara Arsenal melawan Manchester City. Tambahan lagi, ramai rakyat China telah membakar jersi Mesut Ozil sebagai tanda protest akan kenyataan yang dibuat oleh pemain bola Arsenal tersebut.


Baru-baru ini, seorang lagi selebriti iaitu seorang penyanyi dan komposer lagu yang terkenal dengan lagu 'Insya Allah', Maher Zain telah menyuarakan berkaitan isu penindasan Etnik Uyghur ini. Dalam kenyataan beliau di Twitter, Mahe Zain menyokong segala tindakan Mesut Ozil tersebut dan berharap lebih ramai yang bangkit bagi menyuarakan penderitaan Etnik Ughyur ini.

Dalam kenyataan Twitter tersebut juga, Maher Zain juga mengeluarkan tanda pagar #IStandWithOzil #IStandWithUyghur sebagai tanda sokongan terhadap Mesut Ozil dan juga kebebasan bagi Etnik Uyghur

Maher Zain on Twitter

It takes a lot of courage for a celebrity to speak up about the atrocities that our #Uyghur brothers and sisters face in China, the way @MesutOzil1088 did. Thank you brother for standing up to injustice! #IStandWithOzil #IStandWithUyghur

Post a Comment

Previous Post Next Post