Anak Malaysia Memperkenalkan Tudung Pakai-Buang Pertama Di UK

Tudung Pakai Buang Di Perkenalkan Buat Kali Pertama Di UK Oleh Rakyat Malaysia

Bimbang akan jangkitan kuman ketika melakukan kerja kedoktoran di hospital, seorang Doktor Malaysia telah memperkenalkan tudung sterile yang pertama di Royale Derby Hospital bagi para doktor Muslim khususnya yang sentiasa menutup aurat yang bekerja di sana.

Idea ini telah dikeluarkan oleh seorang Doktor muda, Farah Roslan ketika beliau bermula menjalani latihan di hospital tersebut. Tambahan lagi, beliau berasa bimbang akan para doktor yang memakai tudung ketika melakukan pembedahan yang terdedah dengan kuman setiap masa.

Tudung Pakai Buang Di Perkenalkan Buat Kali Pertama Di UK Oleh Rakyat Malaysia
Dr farah Roslan bersama Pakar Bedah Perundin, Gill Tierney

Dr. Farah memberitahu, pada awalnya idea ini datang ketika beliau masa seorang pelajar perubatan lagi iaitu di Universiti Hospital of Derby dan Burton NHS Trust.

"Saya menggunakan tudung yang sama sepanjang hari yang jelas tidak bersih dan ideal," katanya kepada BBC Radio Derby.

Beliau memberi tahu, beliau juga pernah diarahkan keluar daripada bilik bedah kerana takut akan tudung yang dipakai tersebut menjadi ejen penyebaran kuman. Ianya semata-mata bagi kawalan jangkitan kuman.

Jadi dengan itu, tercetuslah idea tudung sterile yang diperkenalkan oleh beliau bagi menghormati etika pemakaian di Hospital dan juga tuntutan agama Islam. Ia pastinya menguntungkan kedua-dua belah pihak. Dr Farah juga berharap, suatu hari nanti, hospital di Malaysia dapat mempergunakan idea Tudung Steril ini bagi menjaga kebersihan kesihatan dan kesucian agama Islam.


sumber : bbc.com

Post a Comment

Previous Post Next Post