Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

juara mentor milenia 2019

Mentor Milenia 2019 kini telah melabuhkan tirainya selepas Apex Tajudin iaitu Protege kepada Hazama telah dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2019. Juara Mentor Milenia 2019 membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi. Pemenang juga berpeluang menghasilkan single bersama komposer terkenal, selain merakamkan video muzik yang bakal menjadi runut bunyi drama siaran TV3.

Program Mentor Milenia Akhir 2019 telah diadakan dan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dipancarkan menerusi TV3. Pada malam tersebut juga dikekalkan dengan 2 hos yang sama setiap minggu iaitu Syuk dan Elly Mazlien atau dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Mentor Milenia 2019 telah mempertarukan 5 orang Mentor bersama 10 orang Protege. Mentor yang terlibat adalah Black, Ernie Zakri, Akim Ahmad, Hazama dan Stacy. Pemenang atau Juara Mentor Milenia 2019 diadili 2 juri profesional iaitu ​Altimet ​dan ​Datuk Syafinaz​, mewakli 60 peratus, manakala baki 40 peratus ditentukan undian awam

Ernie Zakri - Yazrul Arrep dan Daus Husny
Stacy - Remy manaf dan Rika Riana
Hazama - Aryn malek dan Apex Tajudin
Akim Ahmad - Ryan Que dan Sharee Lopes
Black - Bulan dan Aedy Kama

Baca Juga : Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2

juara mentor milenia 2019

Setiap minggu telah diadakan konsert Mentor Milenia dan pasti adanya mereka yang terkeluar. Pada malam itu juga akan dipilih seorang Juara Mingguan Mentor Milenia 2019. Ianya seperti di bawah :

Episod 4: Sharee Lopes
Episod 5: Apex Tajudin
Episod 6: Apex Tajudin
Epidod 7: Aedy Kama
Episod 8: Apex Tajudin
Episod 9: Apex Tajudin

Pemenang-Pemenang Mentor Milenia 2019

Akhirnya bagi final Mentor Milenia 2019, hanya 4 Mentor yang terlibat kecuali Akim Ahmad iaitu Protege Hazama, Apex Tajudin, Protege Ernie Zakri, Daus Husny, selain Aedy Kama (Black) dan Rika Riana (Stacy).

Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

Akhirnya, selepas juri memilih dan membuat keputusan, ikuti senarai penuh Pemenang bagi Mentor Milenia 2019 di bawah.

Pemenang No 4
Rika Riana (Stacy)

Pemenang No 3
Aedy Kama (Black)

Pemenang Naib Juara
Daus Husny (Ernie Zakri)

Juara Mentor Milenia 2019
Apex Tajudin (Hazama)

Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019


Post a Comment

Previous Post Next Post