Cara Paparkan Thumbnail Penuh Ketika Kongsikan Link Blog Di Facebook

Cara Paparkan Thumbnail Penuh Ketika Kongsikan Link Blog Di Facebook

Kalau anda sebagai seorang blogger, sudah pastinya anda akan perasan ada beberapa layout atau paparan thumbnail yang berlaku ketika blogger lain atau anda sendiri kongsikan link blog entry anda di Facebook. Ada yang gambar thumbnail kecil di kiri, tajuk entry di kanan dan ada yang gambar penuh dan tajuk di bawah.

Kalau mana yang tak tahu lagi, thumbnail ini adalah paparan gambar yang keluar ketika anda kongsikan link blog post anda di mana-mana media sosial. Ianya boleh jadi kecil atau besar dan thumbnail ini akan mengambil gambar pertama yang ada di dalam blog post anda tersebut.

Daripada paparan layout thumbnail yang kecil atau besar, pastinya paparan gambar penuh menjadi pilihan. Ianya nampak lebih kemas kepada kita dan juga pembaca lain. Secara defaultnya, tanpa apa-apa perubahan, thumbnail anda adalah gambar kecil di kiri dan taju di sebelah kanan. Tak cantik kan.

Jadi untuk mengubahnya, ikuti cara paparkan thumbnail penuh ketika kongsikan link blog di facebook seperti di bawah

Cara Paparkan Thumbnail Penuh Di Facebook

Mula-mula anda Copy kod Meta Tag Open Graph Facebook di bawah ini terlebih dahulu dan Paste kannya di atas </head>



*Arahan
  1. Cari link URL ini di dalam kod html tersebut dan tukarkan link URL ini kepada logo blog anda. Tujuannya adalah ketika anda kongsikan homepage blog di Facebook, logo ini beserta deskripsi blog akan dipaparkan. Lebih professional kan. https://4.bp.blogspot.com/-ie52Oh_wT-s/WHHi75UACjI/AAAAAAAAEYE/PnOATooq-Y4v_HVhR_AakM0G2d699uWIwCLcB/s1600/ignielcom.png
  2. Kemudian cari no ini dalam kod html tersebut 106660612706164 (ada 3 kali) dan gantikan dengan unik ID anda
  3. Cari 1804789006468790 dan gantikan dengan ID aplikasi Facebook anda. Cara nak buat ID tersebut, boleh rujuk pautan Cara Membuat ID Aplikasi Facebook Sendiri
  4. Selesai!

Bagaimana Jika Paparan Penuh Thumbnail Masih Tidak Muncul?

Proses ini mungkin mengambil sedikit masa untuk berfungsi jika ada sebarang masalah. Tetapi kalau ianya masih tidak muncul walaupun sudah lama, cuba ikut arahan ini pula
  1. Pergi ke pautan Facebook Sharing Debugger https://developers.facebook.com/tools/debug/sharing
  2. Masukkan URL homepage blog atau artikel anda
  3. Klik butang Debug
  4. Klik butang Scrap Again (beberapa kali) sehingga thumbnail penuhnya keluar. 

Cara Paparkan Thumbnail Penuh Ketika Kongsikan Link Blog Di Facebook

Itu sajalah bagaimana cara paparkan thumbnail penuh ketika kongsikan link blog di Facebook. Harap tutorial ini menjadi kepada blog anda dan bermanfaat kepada blogger khususnya. Jika rasa ianya bermanfaat, kongsikan tutorial ini.


sumber : igniel.com

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended