Cara Paparkan Thumbnail Penuh Ketika Kongsikan Link Blog di Twitter

Cara Paparkan Thumbnail Penuh Ketika Kongsikan Link Blog di Twitter

Twitter juga boleh menjadi medium perkongsian blog post bagi mencari lebih trafik masuk ke dalam blog kita. Lebih trafik, pastinya sesebuah blog itu menjadi lebih baik dengan adanya engagement daripada pembaca atau pelawat yang datang. Dengan itu, blog kita pastinya akan sentiasa muncul di first page Google.

Tapi di Twitter juga, sama seperti di isu di Facebook sebenarnya. Secara default, jika anda kongsikan blog post URL di Twitter, thumbnail yang muncul di timeline Twitter ada kecil dibahagian kanan dan tajuk post di bahagian kiri. Perkara ini juga menampakkan post kita itu kurang kemas dan nampak seperti tidak professional.

Jadi untuk perbaiki paparan post ini, ikuti langkah di bawah cara paparkan thumbnail penuh ketika kongsikan link blog di Twitter.

Cara Paparkan Thumbnail Penuh Di Twitter

Terlebih dahulu, Copy kod HTML di bawah ini ke dalam Dashboard Blogger > Theme > Edit HTML dan Paste di atas </head>



*Arahan

  1. Tukarkan @hellomedia_my (ada 2) kepada twitter username anda
  2. Cari link seperti dibawah dan gantikan dengan logo atau banner blog anda. Logo ini akan dipaparkan jika anda hanya kongsikan link URL homepage blog anda di Twitter. https://4.bp.blogspot.com/-ie52Oh_wT-s/WHHi75UACjI/AAAAAAAAEYE/PnOATooq-Y4v_HVhR_AakM0G2d699uWIwCLcB/s1600/ignielcom.png


Jika Paparan Penuh Thumbnail Di Twitter Masih Tidak Muncul?

Jika ianya masih tidak muncul setelah dicuba. Ikut arahan dibawah:
  1. Pergi ke pautan Twitter Card Validator https://cards-dev.twitter.com/validator
  2. Copy and Paste alamat homepage Blog anda diruang disediakan
  3. Klik butang Preview Card dan lihat hasilnya. Pasti cara ini akan berjaya dengan memaparkan thumbnail penuh.
Cara Paparkan Thumbnail Penuh Ketika Kongsikan Link Blog di Twitter

Semoga anda berjaya lakukannya menggunakan tutorial yang disediakan. Pastinya perkongsian blog post anda di laman sosial media Twitter akan menjadi lebih kemas dan menarik dengan mengikuti tutorial cara paparkan thumbnail penuh ketika kongsikan link blog di Twitter ini. Jika anda rasa ianya bermanfaat, jangan lupa kongsikan tutorial ini.


sumber : igniel.com

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended