Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Kini terjawab artis nasyid mana yang telah memenangi tempat pertama Anugerah Nasyid 2019 (AN19) yang telah berlangsung sebentar tadi, 30 November 2019.  Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) dianjurkan sebagai acara kemuncak kepada salah satu program Radio IKIM iaitu Segmen Carta Nasyid IKIM, yang bersiaran setiap Sabtu mulai jam 10 pagi.

IKIM telah menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm pada tahun 2004, 2005 dan 2015 dan kemudiannya AN17 pada tahun 2017. Penganjuran AN19 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat industri daripada kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah lagu nasyid.
Setelah berjaya dengan penganjuran Anugerah Nasyid 2017 (AN17), kini Radio IKIM kembali dengan Anugerah Nasyid IKIM 2019.
AN19 telah berlangsung di 3 platform penstreaman iaitu melalui facebook IKIMFM, Youtube IKIM dan juga website www.ikim.gov.my. Anugerah Nasyid 19 mempertandingkan sebanyak 11 kategori iaitu Juara Anugerah Lagu Terbaik, Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik, Ketiga Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Selain daripada pilihan juri turun turut dimuatkan ialah anugerah berdasarkan pilihan pendengar serta penonton seperti Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Antara Artis Dan Lagu Yang Bertanding Di Malam AN19 

  • Bertemu Semula - ReUNIC
  • Bismillah - Ikhwan Fatanna
  • Buta - Caliph Buskers
  • Cahaya 114 - Khai Bahar
  • Cinta Bukan Mainan - Mirwana
  • Dia - Inteam
  • Doa - XPDC
  • Gugur di Setiamu - Far East
  • Ittihad - Rabbani
  • Izinkan - Adeep Nahar
  • Jalan Keluar - Rabithah
  • Satu Dalam Perjuangan - Saujana
Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019


Anugerah Lagu Pilihan - Cahaya 114 (Khai Bahar)

Artis Media Sosial - Inteam

Anugerah Artis Solo Pilihan - Khai Bahar

Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan - Saujana

Anugerah Lirik Terbaik - Gugur di Setiamu (Far East)

Anugerah Vokal Terbaik - Gugur di Setiamu (Far East)

Anugerah Persembahan Terbaik - Izinkan (Adeep Nahar)

Anugerah Muzik Video Terbaik - Dia (Inteam)

Anugerah Artis Baru Terbaik - Ikhwan Fatanna

Ketiga Anugerah Lagu Terbaik - Ittihad (Rabbani)

Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik - Doa - XPDC

Juara Anugerah Lagu Terbaik - Buta (Caliph Buskers)

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Baca Juga

1/Post a Comment/Comments

  1. ooo baru tau ada anugerah ni lately jarag ambil tahu psl dunia seni ni hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended