Top 5 e-Wallet Di Malaysia Bagi Tahun 2019. Anda Guna Yang Mana?

top 5 e-wallet di malaysia tahun 2019

Di Malaysia, pengguna e-wallet semakin lama semakin berkembang. Ianya terus berkembang dan diterima ramai sehingga tahun 2019. Sehinggakan baru-baru ini pihak Kerajaan sendiri memberi sedikit peruntukan kepada pengguna e-wallet dalam pengumuman Belanjawan 2020.

Pengguna e-wallet ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan menggunakan tunai. Jadi kita tidak perlu lagi membawa tunai dengan banyak untuk berbelanja di luar. Seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar, anda hanya boleh berbelanja dan membayar dengan hanya menggunakan telefon melalui e-wallet.

Jika di Malaysia terdapat banyak pilihan e-wallet seperti Boost, Touch 'n Go, Grab Pay, Fave, BigPay, Maybank Pay, WeChat Pay dan banyak lagi. Kita kene tahu, untuk membuat pembayaran melalui e-wallet anda perlu scan bar code di premis tersebut ketikan membayar. Jadi premis tersebut ada ke sediakan bar code bagi kesemua senarai e-wallet ini? Itu juga timbul sedikit permasalahan kepada pengguna, nak guna e-wallet yang mana lebih ramai diguna pakai.

Jadi dalam banyak-banyak senarai e-wallet tersebut, anda guna yang mana?

Top 5 e-wallet Di Malaysia Pada 2019


Jadi baru-baru ini, kajian telah dibuat terhadap e-wallet yang pesat membangun terutamanya di Malaysia. Kajian daripada iPrice dan kerjasama dengan App Annie telah mengeluarkan laporan dengan memberi rangking pengguna paling ramai terhadap e-wallet di Malaysia.

Data yang dikeluarkan oleh mereka berdasarkan pengguna aktif bagi setiap bulan dan juga jumlah muat-turun pada peranti Android dan iOS bermula tahun 2017 sehingga 2019. Data yang diberi seperti infografik dibawah.

top 5 e-wallet di malaysia tahun 2019

top 5 e-wallet di malaysia tahun 2019

Daripada inforgrafik yang dikongsikan, aplikasi Grab berada di kedudukan no 1 dengan menggunakan ciri Grab Pay di dalam aplikasi tersebut. Jika dapat lihat, aplikasi Grab bukanlah sepenuhnya e-wallet tetapi ianya pelbagai guna seperti e-hailing, penghantara makanan, servis penghantaran dan banyak lagi.

Berbeza dengan aplikasi Touch 'n Go dan Boost masing-masing dikedudukan 2 dan 3. Aplikasi ini lebih fokus kepada ciri e-wallet itu sendiri. Admin pun lebih kerap melihat Bar Code daripada Boost dan Touch 'n Go di mana-mana premis berbanding bar code e-wallet lain.

Selain itu,  aplikasi BigPay dan Fave berada di kedudukan 4 dan 5. Aplikasi BigPay sedikit berbeza dengan e-wallet yang lain, ini kerana mereka selain beroperasi tanpa tunai, mereka juga menyediakan debit kad seperti kad-kab bank yang lain. Sangat menarik bukan. Untuk membaca laporan penuh, anda boleh tekan sini

Dalam banyak-banyak e-wallet yang ada di Malaysia, admin hanya menggunakan 3 sahaja iaitu Boost, Touch 'n Go dan juga BigPay. Rata-rata premis kedai banyak menyediakan perkhidmatan ini dan selain itu e-wallet ini selalu memberi promosi dan diskaun yang menarik. Jadi disamping anda berbelanja tanpa tunai, anda juga mungkin membawa faedah lain disebalik promosi yang ditawarkan.


sumber : iprice.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended