Tiada Lagi Tambah Nilai Di Semua Lorong Keluar Lebuhraya PLUS

tiada lagi tambah nilai di tol plus

PLUS Malaysia telah mengumumkan selepas ini tiada lagi laluan tambah nilai bagi semua lorong keluar di Lebuhraya PLUS. Jadi selepas ini, ketika keluar daripada lebuhraya PLUS, anda tidak lagi boleh tambah nilai atau topup kad Touch 'N Go anda.

Di Malaysia terdapat banyak jenis lebuhraya yang menghubungkan antara bandar dan negeri seperti PLUS ini merupakan penghubung antara Utara dan Selatan. Manakala, LPT menghubungkan antara Pantai Timur, LDP, NPE, DUKE dan banyak lagi.

PLUS iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan bermula daripada Bukit Kayu Hitam (Kedah) hingga ke Johor Bahru. PLUS ini juga merupakan salah satu pengendali lebuh raya bertol terbesar di Asia Tenggara dan ke-8 terbesar di dunia.

Tiada Lagi Lorong Tambah Nilai

Melalui perkongsian grafik daripada pihak PLUS Malaysia Berhad akan menutup perkhidmatan tambah nilai Touch 'n Go di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya kendaliannya bermula 5 November 2019

tiada lagi tambah nilai di tol plus

Kenapa Ditutup?

Antara sebab ditutup lorong tambah nilai tersebut adalah :
  • Mengurangkan kesesakan di plaza tol (lorong tambah nilai)
  • Melancarkan laluan trafik di plaza tol
  • Meningkatkan keselamatan bagi semua pihak di lorong tol

Mengikut statistik yang dikongsikan, mereka yang membuat tambah nilai di plaza tol akan membuang masa 1 hingga 3 minit bagi sesebuah kereta.

Selain itu, tempoh percubaan telah dibuat sebelum ini (1 Ogos - 31 Oktober 2019 - Ipoh ke Seremban ) dan telah menunjukkan pengguna yang tidak cukup baki TnG telah berkurang sebanyak 60%. Justeru itu, pihak PLUS setuju menutup semua lorong tambah nilai di semua lorong keluar.

Di Mana Nak Tambah Nilai?

Kepada mereka yang ingin tambah nilai jika terlupa ketika melalui Lebuhraya PLUS, anda boleh pergi ke tempat berikut :
  • Mesin ATM
  • Kiosk Layan Diri di R&R ketika dalam perjalanan 
  • Stesen Petrol sepanjang perjalanan
  • Laluan masuk tol Lebuhraya PLUS masih ada

Untuk ketahui lebih lanjut dimana anda boleh tambah nilai lagi dan mengetahui beberapa info lain, anda boleh lawati pautan PLUS dengan klik disini.

Jadi kepada pengguna yang akan melalui dan menggunakan Lebuhraya PLUS bermula 5 November 2019 ini, pastikan nilai Touch 'N Go anda mencukupi terutamanya ketika ingin Exit Lebuhraya PLUS. Kalau tidak, anda kene jalanlah pergi ke pejabat PLUS, reload TnG.

Post a Comment

Previous Post Next Post