Perkara Menakjubkan Ada Di Jepun. Lebuhraya Tembus Bangunan


Kita mungkin sudah biasa membaca informasi berkaitan negara Jepun yang mempunyai pelbagai pereka yang menakjubkan berlaku di sana. Jika sebelum ini, kita biasa tengok, mereka membela ikan di dalam longkang, mempunyai sebuah pulau dengan penduduknya hanyalah haiwan kucing dan sebagainya.

Selain itu, kita pernah juga membaca dimana Jepun hanya membaik pulih jalan raya yang berlubang lebih 20 meter dengan ambil masa 2 hari sahaja. Kali ini, juga berkaitan dengan jalan raya dan berlaku di Jepun dimana ada sebuah lebuhraya tembus bangunan.

Jika dengar pasti tidak masuk akal, kenapa lebuhraya tersebut perlu menembusi sebuah bangunan? Kenapa tidak robohkan sahaja atau lalu di bahagian lain? Ini lah sebuah negara maju, Jepun.

Lebuhraya Tembus Bangunan Di Jepun


Adakah anda tahu di Jepun, ada highway yang melalui bangunan? Bukan tepi atau bawah bangunan tetapi menembusi bangunan. Inilah hakikat yang perlu diterima ketika berada di Jepun. Tiada yang mustahil bagi mereka.

Lebuhraya yang dimaksudkan adalah Hanshin Expressway, iaitu highway yang jaraknya lebih kurang 149 batu atau 238 KM yang menghubungkan bandar-bandar utama Jepun seperti Kyoto, Kobe dan Osaka. Yang lebih menariknya pada highway ini dan menyebabkan ianya terkenal kerana ada satu bahagian kecilnya yang menembusi bangunan pejabat, iaitu bangunan pejabat 16 tingkat Gate Tower di Osaka. Bahagian yang menembusi bangunan tersebut lebih kurang 20 meter.



Bagaimana ianya boleh berlaku?

Ianya bermula pada tahun 1980-an, iaitu pada awal fasa pembinaan highway ini, di mana berlaku perbalahan antara pemilik tanah dan juga Kerajaan Jepun.

Pada awalnya, pemilik tanah telah bersetuju untuk membuat bangunan di atas tanahnya iaitu Gate Tower tersebut, jadi pemilik tanah tersebut tidak membenarkan pembinaan highway di atas tanah yang sama. Ini membawa kepada perundingan selama 5 tahun diantara pemilik tanah dengan kerajaan Jepun.

Perundingan ini akhirnya mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara kedua-dua belah pihak dengan penyelesaian iaitu membina highway menembusi bangunan, iaitu menembusi tingkat 5,6 dan 7 bangunan Gate Tower tersebut.

Menariknya, highway yang menembusi bangunan ini tidak menjejaskan fungsi bangunan pejabat tersebut yang tidak boleh terlalu terdedah dengan bunyi bising kenderaan dengan memasang dinding dan lantai anti-bunyi. Highway tersebut juga berada dalam dua lapisan terowong, iaitu terowong dalam terowong yang juga berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising.


Jika anda melawat dan masuk bangunan tersebut, anda akan melihat butang lif hanya mempunyai nombor 1 hingga 4 dan 8 hingga 16. Nombor 5 hingga 7 tidak boleh diakses, kerena tingkat tersebut telah ditukarkan kepada laluan kenderaan iaitu menempatkan Hanshin Expressway tersebut.

Gate Tower bersama-sama Hanshin Expressway ini terletak berdekatan dengan Stesen Osaka, iaitu dengan 9 minit jalan kaki, atau lebih kurang 650 meter. Kalau anda berminat untuk melihat ketika sampai di Jepun, anda boleh pergi ke sini.

Jika anda mahu melihat pemandangan seluruh Osaka dan Hanshin Expressway dari jarak jauh, anda boleh ke Umeda Sky Building, juga tidak jauh dari Stesen Osaka, iaitu lebih kurang 8 minit jalan kaki atau 600 meter sahaja.

Tiada yang mustahil bagi sebuah negara maju seperti Jepun ini. Demi kepuasan kedua belah pihak, lebuhraya tembus bangunan telah dibina.


sumber : facebook Zunita Ramli

Post a Comment

Previous Post Next Post