Kini Anda Boleh Merasai Bussiness Class Di Dalam ETS

ets bussiness class sg petani

ETS atau Electric Train Service merupakan pengangkutan awam keretapi yang beroperasi di bahagian pantai barat Malaysia iaitu merangkumi Selangor, Perak, Kedah dan Perlis. Jadi selain daripada perkhidmatan bas, anda boleh menggunakan perkhidmatan ETS ini iaitu di bawah syarikat KTMB ketika berada di pantai barat Malaysia.

Perkhidmatan ETS ini telahpun beroperasi bermula pada tahun 2010 yang memulakan perjalanan daripada Stesen KL Sentral sehingga ke Padang Besar. Terdapat lebih 10 stesen sepanjang perjalanan tersebut. Sekali gus ini telah membangunkan kawasan sekeliling kerana mempunyai sistem pengangkutan yang baik seperti ETS ini.

Disebabkan ETS ini beroperasi dengan jarak yang jauh dan terdapat banyak stesen diantaranya, terdapat 3 jenis yang disediakan oleh pihak KTMB iaitu :

ETS Silver – berhenti di setiap stesen (mengambil masa lebih lama untuk sampai ke destinasi)
ETS Gold – berhenti di beberapa stesen tetapi lebih sedikit berbanding ETS Silver
ETS Platinum – berhenti di stesen paling sedikit berbanding yang lain. Selain itu juga menyediakan makanak ketika perjalanan

Jika anda ingin sampai ke destinasi dengan lebih cepat, pasti ETS Platinum yang dipilih, mungkin dengan caj tambang yang sedikit mahal. Anda boleh lihat sini, tambang bagi setiap jenis ETS yang disediakan.

Kini selain daripada 3 jenis ETS tersebut, ada 1 lagi ciri baru yang diperkenalkan oleh KTMB bagi perkhidmatan ETS iaitu ETS Bussiness Class. Dalam kapal terbang ada kelas pertama atau Bussiness Class, di keretapi pun sekarang sudah ada Business Class

ets bussiness class sg petani

ETS Bussiness Class

Dalam satu perkongsian pengalaman di laman twitter iaitu daripada akaun NadxSky. Beliau pertama kali menggunakan perkhidmatan ETS Bussiness Class apabila bergerak daripada Sg Petani ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang diambil lebih kurang 5 jam dengan bayaran RM90 (harga promosi) sehala sahaja. 

Untuk pengetahuan, ETS Bisness Class hanya disediakan 1 koc sahaja iaitu di bahagian koc A (paling hadapan) dan hanya disediakan 12 kerusi (bagi single seat) dan 24 kerusi (bagi couple seats) dengan jumlah 36 kerusi sahaja.

Kelebihan ETS Business Class

Jadi apa yang istimewanya kelas bisnes berbanding jenis ETS yang lain tersebut? Sama je ke macam kapal terbang? Sini disenaraikan kelebihannya 
  • WiFi percuma
  • Khidmat Steward dan Stewardess disediakan 
  • Kerusi yang boleh menurun sebanyak 45-darjah
  • Lampu bacaan
  • Sekuriti dengan CCTV 24 jam
  • Hidangan makanan istimewa
  • Kemudahan kit
  • AVOD - Hiburan Video Papan Audio di tempat duduk anda
ets bussiness class sg petani
sumber gambar 

Sepertinya ia seakan bussiness class ada pada kapal terbang. Siap ada layanan daripada steward lagi dan disediakan makanan. Mungkin anda boleh mencubanya kelak, nampak macam berbaloi. Tiket macam mana pula? Mahal ke macam kapal terbang?


Harga Tiket ETS Bussiness Class

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba kelas bisnes ini, anda boleh membuat tempahan tiket dengan 3 kaedah termasuk secara online booking iaitu :

Untuk harga tiket ETS promosi yang diberi sehingga 30 November 2019 seperti berikut:

ets bussiness class sg petani


Sepertinya ETS Bussiness Class ini memberikan lebih keselesaan kepada penumpang bagi mengharungi perjalanan yang jauh. Sangat menarik untuk dicuba jika diberi peluang nanti. Harga tiket ETS pun tidak la terlalu mahal kan. Jadi lepas ni nak naik ETS Sg Petani boleh, ETS, KL Sentral to Alor Setar ETS boleh, ETS KL Sentral pun boleh.

Post a Comment

Previous Post Next Post