Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu

Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu

Aplikasi WeChat antara aplikasi permesejan dan media sosial. Di dalamnya disediakan platform interaksi antara kawan-kawan dan kenalan. Anda boleh tambah kawan sama ada melalui no telefon ataupun unik id yang ditentukan sendiri oleh pengguna. Tetapi adakah itu sahaja fungsinya? Sama seperti Whatsapp, Telegram dan lain-lain?

Sebenarnya aplikasi keluaran China ini, WeChat bukanlah semata-mata aplikasi permesejan atau media sosial tetapi ianya lebih daripada itu. Perkara ini telah dikongsikan di laman Twitter milik Arhamfuadd yang menerangkan fungsi-fungsi WeChat yang kita tak tahu pun sebelum ini.

Jika kita pengguna Malaysia sering gelar aplikasi WeChat ini merupakan aplikasi rempit, tidak berfaedah dan beberapa lagi perkara negatif lagi. Ianya tidak pada pengguna China, kerana WeChat ibarat one stop center kepada semuanya. Macam, hampir semua ada dalam WeChat. Sayangnya ianya hanya berfungsi di China.

Fungsi Lain Yang Tidak Diketahui Ramai daripada WeChat

Di China terkenal dengan 2 Company yang sediakan online payment; WeChat Pay dan Alipay. Jadi permulaan, jom tengok fungsi yang ada dalam WeChat iaitu WeChat Pay

#1 - Cara Menggunakan WeChat Pay

First thing first, kena ada bank account China. WeChat Pay ni fungsinya sama seperti debit card, kita just link 'Debit Card' dengan 'WeChat', jadi apa-apa pembayaran dia akan tolak terus dari akaun bank kita.

#2 - WeChat Pay sebagai One Stop Payment

Di China, tak perlu dah susah-susah nak keluar dari rumah atau nak login online banking. Kita boleh buat bayaran utiliti bil, flight ticket, food delivery dan sebagainya hanya dengan menggunakan WeChat Pay

Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu


#3 - Untuk Topup/Reload

Untuk yang menggunakan prepaid boleh terus reload di sini. Untuk postpaid pon sama, just reload ikut baki tertunggak bulan tersebut. Apa yang best dekat WeChat, bila kita reload kita akan dapat discount dan pastinya ada untung disitu.

#4 - Bayaran Utilities

Dengan menggunakan WeChat, anda boleh membuat pembayaran bil air, elektrik, WiFi dan banyak lagi boleh settle dekat sini. Just masukkan nombor akaun yang kita daftar then tekan bayar.

Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu


#5 - Didi e-Hailing 

DIDI ni sama seperti Grab dan Uber jika di Malaysia. Tetapi yang best dekat DIDI di China ni, sebab dia ada DIDI PREMIER. DIDI PREMIER ada 3 jenis; PREMIER, 6-Seater & LUXURY. Aku suka Luxury sebab boleh naik Tesla

Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu


#6 - Food Delivery 

Dekat China, 'FoodPanda' paling popular adalah MEITUAN WAIMAI. Tapi Food Delivery di sini bukan hanya kepada hantar makanan sahaja, tetapi hantar barangan harian lain juga seperti ikan, sayur, sabun, biskut dan banyak lagi dia boleh hantar sampai ke rumah.

Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu

#7 - Panggung Wayang

Nak tengok wayang dah tak payah susah susah nak beratur beli tiket. Semua dekat Wechat, dekat wayang nanti print ticket atau ada sesetengah tempat scan QR code then boleh masuk terus

#8 - Pembayaran Flight Dan Hotel

Pilihan seperti TONGCHENG YILONG seperti Traveloka kot. Dalam ni kita boleh book tiket untuk bullet train, train biasa, hotel dan flight. International atau domestic semua ada dalam ni. Hanya menggunakan WeChat sahaja

Kelebihan WeChat Yang Ramai Tak Tahu


#9 - Online Shopping

JINGDONG sama dengan LAZADA & SHOPEE di Malaysia. Cuma Jingdong ni lebih popular untuk barang-barang elektrik & elektronik. Bagi yang orang tanya Taobao, Taobao under Alibaba group, so takda dalam Wechat sebab dua company ni adalah pesaing.

#10 - Rumah

Nak cari rumah baru? Rumah secondhand? Guna Wechat sahaja. Zaman Paleolitik pon canggih tak payah download banyak-banyak app. Jika di Malaysia, mungkin ada melalui mudah.my tetapi perlu kepada aplikasi tambahan, tetapi semua ini ada dalam WeChat sahaja.



Post a Comment

Previous Post Next Post