Kini Pelajar Boleh Langgan Youtube Premium Dengan Harga Yang Lebih Murah


Pada awal November yang lepas, Youtube Premium dan Youtube Music telahpun masuk ke pasaran Malaysia dan kini boleh dilanggan oleh pengguna tempatan. Dengan harga RM17.90 sebulan bagi YTP dan juga YTM dengan harga RM14.90 sebulan.

Mungkin langganan bulanan ini tiada masalah bagi golongan pekerja yang mempunyai pendapatan setiap bulan, tetapi bagaimana golongan pelajar yang juga ingin menggunakan perkhidmatan Youtube Premium ini?


Jadi dengan berbesar hati, Youtube telah menyediakan pakej istimewa bagi golongan pelajar yang pastinya lebih jimat dan murah berbanding pakej biasa bagi semua pengguna sebelum ini. Jika anda tergolong daripada golongan pelajar pengajian tinggi, pakej istimewa ini untuk anda iaitu Pelan Pelajar.

Youtube Premium Dan Youtube Music Bagi Pelan Pelajar Yang Lebih Murah

Dengan pelan atau pakej istimewa pelajar ini, anda hanya perlu membuat pembayaran langganan dengan harga RM10.90 sebulan bagi Youtube Premium dan RM6.90 bagi Youtube Music. Mengikut harga yang ditawarkan, anda mampu jimat sehingga RM7-8 setiap bulan. Menarik kan.


Cara Daftar Pelan Pelajar

Jika anda berminat, buat pemula, anda boleh dapatkan tempoh percubaan atau trial selama sebulan bagi Youtube Premium dan Youtube Music. Jika anda berminat, barulah anda boleh terus membuat langganan.
  1. Anda pergi ke laman web www.sheerid.com
  2. Pilih Student Deals, kemudian pilih Youtube. Akhirnya tekan Student Deal sekali lagi
  3. Anda akan dibawa ke halaman pendaftaran Youtube Premium dan pilih Try It Free
  4. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti nama universiti, nama dan juga email dan tekan Next
  5. Akhir sekali, anda perlu upload no Id pelajar, transkrip, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh sekolah yang menunjukkan nama penuh sah anda dan proses yang anda sedang mendaftar di kolej. Anda akan membuat proses verifikasi setiap bulan!
  6. Ikut arahan yang diberikan. Selesai!

Jika anda membuat langganan Youtube Premium, anda akan peroleh akaun Youtube Premium dan juga Youtube Music tetapi jika anda melanggan Youtube Music, anda hanya boleh mendengar lagu secara percuma sahaja. Tidak dapat akaun Youtube Premium.

Dengan yuran yang diberikan kepada golongan pelajar, pasti ianya dapat mengurangkan beban pelajar tersebut. Anda pelajar pusat pengajian tinggi? Youtube Premium dan Youtube Music untuk anda dengan bayaran yang lebih murah.

Post a Comment

Previous Post Next Post