Cara Daftar Dan Guna BigPay Untuk Tahun 2024 (Dapatkan RM5 Percuma)

cara daftar dan kelebihan bigpay

Mungkin ramai lagi masih tidak mengetahui akan kewujudan e-wallet BigPay ini. Masih ramai lagi tertanya-tanya, apa itu BigPay? Apa kelebihan BigPay berbanding e-wallet yang lain? Katanya ada juga berkait dengan AirAsia, macam mana tu? Dan macam-macam lagi.

Kepada yang tidak tahu lagi akan apa itu BigPay. Ianya juga sama seperti e-wallet lain yang ada di Malaysia seperti Boost, Touch 'N 'Go, WeChat Pay dan pelbagai lagi.

Tetapi ada sedikit perbezaan dan kelebihan berbanding pesaing yang lain. Perbezaan paling ketara adalah, selain mempunyai akaun e-wallet melalui aplikasi BigPay, anda akan diberi kad fizikal Mastercard secara percuma. Anda nak bayar guna qr code boleh, guna kad Mastercard pun boleh.

Untuk tahun 2024 ni, perbelanjaan tanpa tunai ini semakin digunapakai di kedai-kedai. Lebih mudah dan selamat. Tak perlu bawah cash banyak-banyak kan.

Kelebihan BigPay

BigPay merupakan aplikasi dibawah syarikat AirAsia. Jadi segala kelebihan yang diberi pastinya berkaitan dengan AirAsia. Kepada yang suka travel, dalam dan luar negara, BigPay ini sepertinya wajib untuk anda dapatkan.

  • Setiap perbelanjaan melalui BigPay, anda akan diberi BIG Point AirAsia (boleh tebus tiket kapal terbang).
  • BigPay boleh digunakan di mesin ATM sama seperti kad bank anda di seluruh dunia
  • Kad BigPay juga boleh digunakan diseluruh dunia kerana mempunyai ciri Mastercard padanya
  • Tidak dikenakan yuran pemprosesan jika berurusan ketikan membeli tiket AirAsia
  • Anda boleh pantau dan kesan setiap perbelanjaan transaksi anda melalui aplikasi BigPay
  • Kadar tukaran wang asing yang terbaik disediakan (apabila berada di luar negara khususnya)
  • Tiada yuran tersembunyi seperti pada-pada bank
  • Kadar tukaran wang yang paling terbaik (ketika berada diluar negara)
  • Pendaftaran BigPay adalah PERCUMA dan banyak lagi kelebihannya
cara daftar dan kelebihan bigpay

Dari kelebihan yang disenaraikan, betullah ianya sangat sesuai bagi mereka yang travel ke luar negara dan memerlukan kadar pertukaran wang yang termurah dan terbaik. Yuran proses tiket tidak dikenakan, kadar tukaran wang asing terbaik, kad BigPay boleh guna di seluruh dunia dan setiap perbelanjaan RM20 ke atas dapat BIG Point AirAsia pula. Untung siapa yang menggunakan BigPay.

Cara Daftar BigPay

Anda sudah tahu kelebihan BigPay dan jika berminat, anda boleh daftar melalui langkah yang ditunjukkan seperti dibawah. Proses daftar terbahagi kepada 2 peringkat iaitu daftar di aplikasi BigPay dan ketika menerima Kad BigPay

cara daftar dan kelebihan bigpay

Daftar Di Aplikasi BigPay

Untuk permulaan, anda perlu muat turun aplikasi BigPay di telefon pintar anda melalui pautan dibawah

Play Store   Apps Store

  1. Tekan butang Sign Up
  2. Pilih Malaysia dan tekan Next
  3. Masukkan No Telefon anda
  4. Kemudian anda perlu masukkan no. kod pengesahan yang diterima dari SMS
  5. Set kan Password yang akan digunakan setiap kali untuk log in dan juga kod pada kad anda
  6. Klik I Accept 
  7. Tekan Lets Start
  8. Kemudian masukkan butiran peribadi anda alamat emel, nama, alamat dan sebagainya
  9. Pada perlu masukkan bahagian Referals Code masukkan kod 0LMZHKVZ3T dan anda akan menerima RM5.00 secara percuma
  10. Tekan Next
  11. Kemudian Tangkap gambar Kad Pengenalan dan Selfie anda. Anda perlu membut pengesahan dengan merakam muka anda mengikut ketetapan diberikan. Iainya hanya merupakan untuk memastikan anda pemegang Kad Pengenalan itu sahaja. Jangan risau.
  12. Tambah nilai RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau internet banking anda. 
  13. RM20.00 bukan yuran pendaftaran, tetapi hanya proses pendaftaran sahaja. Jadi anda akan menerima wang itu kembali di dalam akaun BigPay kemudian.

Selepas selesai, anda perlu tunggu 5-7 hari sebelum mereka menghantar Kad BigPay anda kepada alamat yang didaftarkan sebentar tadi. Tiada caj dikenakan.

Proses Ketika Menerima Kad BigPay

  1. Selesai semua proses anda perlu tunggu kad BigPay dan tunggu kad anda dihantar ke rumah
  2. Bila kad BigPay anda sudah sampai ke rumah, buka aplikasi BigPay dan masukkan no CVV yang tertera dibelakang kad BigPay anda
  3. Selesai! Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan.
cara daftar dan kelebihan bigpay

Cara Kumpul BIG Point AirAsia

Seperti yang diberi tahu, anda boleh kumpul BIG Point AirAsia dengan setiap perbelanjaan melalui BigPay. Pertamanya anda perlu mempunyai akaun BIG AirAsia, anda boleh daftar di pautan www.rocketmile.sairasiabig.comSetiap perbelanjaan anda menggunakan BigPay dengan jumlah RM20, anda akan diberi 1 point BIG Point Air Asia.

Jadi dinasihatkan selepas ini, setiap perbelanjaan lebih RM20, anda gunalah BigPay. Topup sahaja BigPay anda sama ada menggunakan Kad kredit/debit atau menggunakan bank transfer seperti Maybank2u dan CIMB Clicks. Sangat mudah menggunakan BigPay.

Kepada traveller khususnya atau yang suka melancong dan inginkan penjimatan, BigPay adalah salah satu solusi kepada permasalahan anda. Jom daftar BigPay.

Post a Comment

Previous Post Next Post