Sekali Lagi Negara Merekodkan Kes Harian COVID-19 Tertinggi Iaitu Sebanyak 15,573 Kes

kes harian tertinggi sebanyak 15,573

Hari ini sekali lagi negara telah mencatatkan kes harian tertinggi yang pernah direkodkan sejak pandemik COVID-19 melanda pada awal tahun 2020. Sebanyak 15,573 kes harian dicatatkan untuk keseluruhan.

Sebelum ini, kes harian tertinggi pernah dicatatkan adalah sebanyak 13,215 iaitu pada 15 Julai yang lalu. Dengan peningkatan lebih 2k memberikan jumlah kes yang lebih tinggi.

Seperti data yang dikeluarkan oleh KKM, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan nilai 4 angka masing-masing dengan 7,672 kes dan 2,063 kes. Diikuti dengan Kedah, 937 kes dan Johor sebanyak 722 kes.

kes harian tertinggi sebanyak 15,573

Dengan penambahan kes hari ini, Malaysia kini telah mecatatkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 980,491. Bilakah agaknya angka 1 juta akan akan dicatatkan? Tidak boleh tidak, ianya pasti berlaku.

Hari ini merupakan hari ke-11 negara mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi 10 ribu kes iaitu 5 angka yang tidak pernah terdetik untuk berlaku.

Jadi orang ramai, terus amalkan norma baharu dengan sentiasa ikut SOP yang ditetapkan terutamanya memakai face mask, kerap mencucui tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.


Banyak gila wehhh....

Post a Comment

Previous Post Next Post