Tiada Bazar Ramadan Tahun Ini Di Sabah

Tiada Bazar Ramadan Tahun Ini Di Sabah

Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan dimana di Sabah pada tahun ini tidak dibenarkan aktiviti Bazar Ramadan beroperasi. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga merupakan jurucakap COVID-19 bagi Negeri Sabah.

Keputusan ini dibuat ekoran situasi COVID-19 di negeri Sabah masih tidak stabil. Data terbaru, Sabah mencatatkan sebanyak 60 kes yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,294 kes. Daripada itu, 3 daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu Tawau (41 kes), Lahad Datu (8 kes) dan Tuaran (4 kes).

Setakat ini, di Sabah hanya terdapat 7 daerah yang dikategorikan zon hijau iaitu Sipitang, Beluran, Telupid, Ranau, Pitas, Kuala Penyu dan Tongod.

Tiada Bazar Ramadan Di Sabah Pada Tahun Ini

Selain daripada situasi semasa yang tidak stabil, pematuhan SOP yang rendah juga terutamanya dalam penganjuran majlis sosial dan keramaian yang telah menyebabkan beberapa kluster muncul, maka Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti bazar Ramadan di Sabah pada tahun ini.

Walaupun Kerajaan Persekutuan memutuskan membenarkan aktiviti Bazar Ramadan di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Ismail Sabri sebelum ini, tetapi Kerajaan Negeri bertindak sebaliknya bagi melindungi rakyat Sabah khususnya dikala pandemik masih lagi berlaku.

Keputusan ini dicapai setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP. 


sumber : astroawani

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments