Senarai Lokasi Kamera AWAS Seluruh Malaysi Untuk Tahun 2022

Senarai Lokasi Kamera AWAS Seluruh Malaysi Untuk Tahun 2021

Jika sebelum ini ianya dikenali sebagai AES (Automated Enforcement System), kini ianya diberi nafas baru iaitu AwAS (Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik). Ianya penting bagi meningkatkan kadar pematuhan had lagi bagi lokasi kerap kemalangan.

Ianya adaalah sistem penguatkuasa jalan raya yang beroperasi sepanjang masa secara automatik bagi mengesan had laju kenderaan bagi lokasi yang ditetapkan. Sama akan dikeluarkan secara automatik jika kenderaan memandu melebihi had laju atau tidak mematuhi lampu isyarat.

Untuk mengelakkan disaman ketika memandu, sila patuhi had laju yang telah ditetapkan di lebuhraya atau patuhi lampu isyarat. Ianya juga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kita dan orang lain. 

Senarai Lokasi Kamera AWAS/AES Seluruh Malaysia

Setakat ini terdapat lebih 40 lokasi kamewa AWAS terbaru di seluruh Malaysia bagi tujuan pemantauan Had Laju dan Lampu Isyarat yang dikeluarkan oleh pihak JPJ

▶️ HAD LAJU

Johor

  • KM151.4 Lebuhraya PLUS - Pagoh (Arah Utara)
  • KM146.8 Lebuhraya PLUS - Pagoh (Arah Selatan)
  • KM1 Lebuhraya PLUS - Johor Bahru (Arah Utara)
  • KM1 Lebuhraya PLUS - Johor Bahru (Arah Selatan)

Melaka

  • KM214.4 Lebuhraya PLUS - Alor Gajah (Arah Selatan)
  • KM214.4 Lebuhraya PLUS - Alor Gajah (Arah Utara)
  • KM184.2 Lebuhraya PLUS - Jasin (Arah Utara)
  • KM185 Lebuhraya PLUS - Jasin (Arah Selatan)

Selangor

  • KM18 Lebuhraya GCE (Arah Utara)
  • KM18 Lebuhraya GCE (Arah Selatan)
  • KM28.4 Lebuhraya ELITE (Arah Utara)
  • KM17 Lebuhraya ELITE (Arah Selatan)

Kedah

  • KM96.3 Kuala Muda - Kuala Muda (Arah Selatan)
  • KM97.2 Lebuhraya PLUS - Kuala Muda (Arah Utara)
  • KM174 Lebuhraya PLUS - Bandar Baharu (Arah Utara)

Pulau Pinang

  • KM166 Lebuhraya PLUS - Seberang Perai Selatan (Arah Selatan)

Perak

  • KM375.9 Lebuhraya PLUS - Slim River (Arah Utara)
  • KM204.6 Lebuhraya PLUS - Taiping (Arah Utara)
  • KM299.9 Lebuhraya PLUS - Kampar (Arah Utara)
  • KM382.8 Lebuhraya PLUS - Behrang (Arah Selatan)
  • KM85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Sungkai

Negeri Sembilan

  • KM21 Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) (Arah Selatan)
  • KM21 Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) (Arah Utara)

Terengganu

  • KM256 - LPT2
  • KM288 - LPT2

Kelantan

  • KM17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai


▶️ LAMPU ISYARAT

Kedah

  • KM36 Jalan Alor Star - Butterworth / Kuala Muda (Arah Alor Setar)
  • KM1 Jalan Gurun - Sik / Kuala Muda (Arah Gurun)
  • KM1 Jalan Gurun - Sik / Kuala Muda (Arah Sik)
  • KM54 Jalan Alor Setar - Butterworth

Perak

  • Jalan Pasir Puteh
  • KM26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar
  • KM4 Jalan Setiawan - Lumut / Manjung (Arah Lumut)
  • KM4 Jalan Setiawan - Lumut / Manjung (Arah Setiawan)
  • KM116 Ipoh - Kuala Lumpur / Batang Padang - Slim River (Arah Kuala Lumpur)
  • KM116 Ipoh - Kuala Lumpur / Batang Padang - Slim River (Arah Ipoh)
  • KM11 Jalan Setiawan Ipoh (Arah Setiawan)
  • KM14 Jalan Ipoh - Pusing, Ipoh (Arah Setiawan)
  • Km38 Jalan Ipoh - Kampar, Kampar (Arah Ipoh)
  • KM8 Teluk Intan - Hutan Melintang / Hilir Perak - Teluk Intan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Jalan Klang Lama - Jalan Sepadu
  • Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Arah Sentul)

BACA : Senarai Lokasi Kamera AES Di Lampu Isyarat Seluruh Malaysia


▶️ DITANGGUHKAN

Selangor

  • KM6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE)
  • KM301.6 Lebuhraya PLUS, Kajang

Wilayah Persekutuan Putrajaya

  • KM16 Lebuhraya Sentosa

sumber : Jabatan Pengankutan Jalan

Post a Comment

Previous Post Next Post