Cara Semak Status Dan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Golongan B40 & M40

cara mohon bpn 2.0

Anda kini boleh mula buat semak status permohonan dan buat permohonan baru BPN 2.0 jika anda belum memohon sebelum ini. 

Pada September yang lepas, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pakej KITA PRIHATIN dengan memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) sama sebelum ini. Jadi ini merupakan pakej bantuan kali kedua bagi golongan B40 dan M40.

Untuk BPN 2.0 ini, bantuan masih mengfokuskan golongan bujang dan berkahwin daripada golongaon B40 dan M40. 

Berapakah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima?

Kategori Isi Rumah

B40 (Pendapatan RM4000 dan kebawah) akan memperoleh RM1000
M40 (Pendapatan RM4001 - RM8000) akan memperoleh RM600

Kategori Bujang

B40 (Pendapatan RM2000 dan kebawah) akan memperoleh RM500
M40 (Pendapatan RM2001 - RM4000) akan memperoleh RM300

Cara Semak Status

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan sebelum ini, anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya anda telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Untuk semak, anda boleh klik pautan dibawah dan masukkan nombor kad pengenalan

Klik Untuk Semakan/Icon/button

Tetapi sekiranya anda tidak tersenarai sebelum ini tetapi layak, anda boleh buat permohonan baru.

Cara Untuk Memohon BPN 2.0

Anda boleh mula membuat permohonan baharu BPN 2.0 pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 iaitu selama sebulan. Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu :

Dalam tempoh ini juga, anda boleh membuat rayuan. LHDNM menggalakkan permohonan baru dibuat melalui online sahaja bagi mengelakkan kesesakan berlaku di kaunter LHDNM.

Dokumen Permohonan?

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen semasa permohonan. Kesemuanya disemak melalui data yang diperoleh.

Jadi jika permohonan berjaya, bayaran BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021 terus ke akaun bank atau boleh buat tuntutan tunai di cawangan BSN jika tiada akaun bank.

FAQ BPN 2.0

S : Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima BPN 2.0?

J : Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima BPN 2.0

S : Adakah pemohon Bujang/Isi Rumah berstatus Pelajar Separuh Masa layak menerima BPN 2.0?

J : Pemohon Bujang/Isi Rumah yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak memohon BPN 2.0 sekiranya menepati syarat kelayakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan info penuh Bantuan Prihatin Nasional 2.0 melalui laman sesawan bpn.hasil.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended