15 Kawasan Di Wilayah Klang/Shah Alam Mengalami Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Bermula Malam Ini

15 Kawasan Di Wilayah Klang/Shah Alam Mengalami Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Bermula Malam Ini

Selangor kini dalam PKPB dan di tambah pula dengan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 15 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam bermula malam ini.

Pihak Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui siaran media sebentar tadi memaklumkan dimana satu kejadian paip pecah telah berlaku berhampirang pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang. 

Berikutan kejadian tersebut, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut yang dijangka akan siap pada 9.30 pagi keesokan hari, 15 Oktober 2020.

15 Kawasan Terjajas

Justeru itu, sebanyak 15 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual iaitu :

  1. Batul Belah, Sg Putus dan Teluk Kapas
  2. Sementa
  3. Perepat
  4. Jalan Kapar Batu 1-8 dan Klang Utama
  5. Bandar Kalng (Bt 1-3 Jln Meru)
  6. Bandar Baru Klang
  7. Taman Berkley/Eng Ann
  8. Jalan Goh Hock Huat
  9. Bandar Sultan Sulaiman
  10. Jalan Pelabuhan Utara
  11. Pelabuhan Utara
  12. Sg Sireh dan Seri Perantau
  13. Kampung Keretapi
  14. Jalan Limbungan
  15. Jalan Shahbandar

Menurut Air Selangor, kawasan terjejas dijangka akan pulis sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 15 Oktober 2020. Jadi anda boleh dapatkan kemaskini terbaru melalui laman sosial media Air Selangor atau melalui laman sesawan www.airselangor.com


sumber : air selangor

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended