Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020

Selepas tertanya-tanya barisan peserta daripada video teaser yang di dedahkan sebelum ini, akhirnya kini terjawab senarai peserta Gegar Vaganza musim ketujuh untuk tahun 2020 dengan tagline Mara Suara Membara. Pastinya lebih hangat dan meriah selepas ini walaupun dalam tempoh PKPP ini. 

Jika tahun 2019 dengan GV6 dimenangi oleh 2 pemenang iaitu Naqiu Boboy dan juga Hady Mirza yang tidak pernah berlaku dalam apa-apa pertandingan. Tetapi untuk musim GV7 ini, siapalah agaknya yang akan menjadi juara. Atau mungkin ada lagi kejutan nanti?

GV7 tampil dengan perbezaan iaitu dengan mempertaruhkan 14 peserta daripada artis individu dan juga artis berkumpulan. Jika lihat daripada senarai artis yang menyertai GV7, bukan calang-calang. Memang ada persaingan yang sengit sehingga ke minggu akhir ni. Lebih ramai peserta, lagi meriah kan.  

Tahun ini, ianya masih mengekalkan konsep yang sama iaitu sebuah pertandingan nyanyai dimana akan di adili oleh 2 juri  dan seorang juri jemputan yang berbeza setiap minggu. Setiap minggu juga akan ada peserta yang tersingkir yang mendapat markah terendah pada minggu tersebut sehinggalah pada minggu akhir untuk digelar sebagai Juara GegarVaganza Musim Ketujuh.

Senarai 14 Peserta GegarVaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020

GegarVaganza 7 akan bermula dengan konsert pertama pada 11 Oktober 2020 ini. GV7 akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam untuk 10 minggu di Astro RIA, RIA HD, Astro PRIMA dan Astro GO. Ianya akan berlansung di PICC, Putrajaya dengan bilangan penonton yang hadir adalah terhad dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Senarai Peserta GegarVaganza 7

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020

14 peserta akan memeriahkan GV7 iaitu 

  • Boy Clifford  (Projek Pistol)
  • Haslinda
  • Yantzen
  • Ashira
  • Nomad
  • Rozita Izlyn
  • Ayu Damit
  • Oja
  • Indigo
  • Linda Nanuwil (AF2)
  • Aju Success
  • Eva
  • Mus May
  • Noraniza Idris.

Tahun ini, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai hos dan pengacara yang akan memeriahkan lagi rancangan beserta 2 juri tetap iaitu Dato' Ramli MS dan Dato' Khadijah Ibrahim dan seorang juri jemputan yang berbeza dijemput setiap minggu.

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post