Senarai Peserta Gegarvaganza 6 2019

Senarai Peserta Gegarvaganza 6 2019

Bermula 13 Oktober 2019, seramai 13 peserta Gegarvaganza 2019 akan berentap diatas 1 pentas bagi merebut gelaran juara Gegarvaganza Ke-6 edisi 2019. Pada tahun ini, ianya merupakan edisi yang ke-6 selepas diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2014. Sehingga kini, rancangan GV masih diterima ramai dan hangat diperkatakan setiap minggu.

GV6 masih mengekalkan konsep yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini dimana juara sepenuhnya di tentukan oleh 2 juri tetap dan 1 juri jemputan setiap minggu. Jadi untuk GV, tiada undian daripada orang ramai, yang ada hanya undian peserta bagi Bintang Cuckoo Paling Gempak. Anda boleh mengundi disini

Tahun ini, ianya masih mengekalkan hos rancangan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang pastinya dapat menjadikan suasana lebih meriah ketika rancangan sedang berlansung. Manakala bagi juri tetapi masih dikekalkan Dato' Ramli MS dan juri baru iaitu Hetty Koes Endang. Akan dijemput seorang juri jemputan setiap minggu.

Rancangan ini akan bersiaran langsung selama 8 minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad jam 9 malam. Anda boleh menontong secara lansung daripada saluran Astro iaitu Astro RIA (CH 104 dan CH 123)

Senarai Peserta Gegarvaganza 6 2019

Gegarvaganza 2019 disertai oleh 13 peserta dan 1 daripadanya adalah peserta berkumpulan iaitu peserta daripada Malaysia dan Singapura. Pesertanya adalah Ameer Sofazr, Feeza, Hady Mirza, Jatt (Black Dog Bone), Kool, Mazleela, Naqiu Boboy, Noorshila Amin, Nurfatima, One Nation Emcees, Roy, Sham Visa dan Wann


*UPDATE Setiap Minggu

Minggu 1
Tema : Lagu Ke Artis?
Juri Jemputan : Ella Aminuddin
Artis Cili Padi Paling Power: Naqiu Boboy
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak: Jatt Black Dog Bone
Peserta Tersingkir : Tiada Penyingkiran

Minggu 2
Tema : CarMa (Cari Makan)
Juri Jemputan : Datin Paduka Julie Sudiro
Artis Cili Padi Paling Power: Hadi Mirza
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak: Naqiu Boboy
Peserta Tersingkir: Mazleela

Minggu 3
Tema : Yang Aneh-Aneh
Juri Jemputan: Dato Rizalman Ibrahim
Artis Cili Padi Paling Power: Nurfatima
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak: Sham Visa
Peserta Tersingkir: Ameer Sofazr

Minggu 4
Tema : Haa... Tepuk
Juri Jemputan: Dato Jamal Abdillah
Artis Cili Padi Paling Power: Jatt Black Dog Bone
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak: Wann
Peserta Tersingkir: Kool

Minggu 5
Tema : Curhat (Curahan Hati)
Juri Jemputan : Datuk Yusof Haslam
Artis Cili Padi Paling Power : One Nation Emcees
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak : Sham Visa
Peserta Tersingkir : Tiada Penyingkiran

Minggu 6
Tema : Melets (Meletop)
Juri Jemputan : Saari Amri
Artis Cili Padi Paling Power : Wann
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak : Roy
Peserta Tersingkir : Feeza

Minggu 7 (tak jadi semi final)
Tema : Caras (Cara Sendiri)
Juri Jemputan : Dato Aznil Nawawi
Artis Cili Padi Paling Power : Noorshila Amin
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak : Roy
Peserta Tersingkir : Tiada penyingkiran

Minggu 8
Tema : Reset
Juri Jemputan : Fauzi Marzuki dan Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar
Artis Cili Padi Paling Power : Naqiu
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak : Sham Visa
Peserta Tersingkir : Roy

Minggu 9 (Quarter Final)
Tema : Lagu Hit (Daripada komposer terkenal)
Juri Jemputan : Dato Rosham Nor Dan Manan Ngah
Artis Cili Padi Paling Power : One Nation Emcee
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak : One Nation Emcee
Peserta Tersingkir : Tiada Penyingkiran

Minggu 10 (Semi Final)
Tema : Lagu Duet
Juri Jemputan : Datuk M. Nasir
Artis Cili Padi Paling Power : Hady Mirza
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak : Hady Mirza
Peserta Tersingkir : Wann dan Noorshila Amin

Minggu Final
Tema : Cover Final dan Battle (Hip-Hop)
Juri Jemputan : Dato Rizalman Ibrahim
Artis Cili Padi Paling Power :
Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak :

Senarai pemenang
Juara : Naqiu Boboy Dan Hady Mirza
Naib Juara : Tiada
Tempak Ke-3 : Jatt
Tempat Ke-4 : Nurfatima
Tempat Ke-5 : One Nation Emcees
Tempat Ke-6 : Sham Visa

Post a Comment

Previous Post Next Post