Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet Anda (TnG eWallet, ShopeePay)

Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet

Jika anda ada menggunakan eWallet tapi dalam masa yang sama anda sangat perlukan duit cash ditangan. Anda boleh ikuti langkah mudah ini iaitu cara keluarkan duit cash daripada eWallet tersebut.

Di Malaysia kini semakin hari, perkhidmatan pembayaran secara tanpa sentuh semakin popular iaitu melalui platform eWallet.

Ini bermakna, anda tidak perlu lagi bawa cash banyak-banyak di dalam dompet anda. Anda hanya perlu bawa smartphone sahaja jika ingin membuat pembayaran dimana-mana kedai. Kalau secara conventional digelar Wallet, secara tanpa sentuh, digelar eWallet.

Anda masukkan atau topup eWallet anda boleh terus buat bayaran di mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh ini melalui imbas kod qr sahaja.

Di Malaysia terdapat banyak syarikat yang menyediakan eWallet atau eDompet ini dan yang paling terkenal adalah Boost, Touch 'N Go eWallet dan GrabPay. Inilah antara yang biasa kedai atau premis perniagaan sediakan untuk pembayaran.

BACA JUGACara Mohon dan Tebus Kredit RM50 ePENJANA Menggunakan Boost, GrabPay Atau Touch 'N Go eWallet

Tapi kadang-kadang, kita tidak boleh lari juga untuk menggunakan duit cash bagi keperluan lain. Jadi tiba-tiba kalau tidak sudah topup masuk ke aplikasi eWallet kita dan dalam masa yang sama nak duit cash. Apa yang perlu dibuat?

Oleh itu, jika anda betul-betul perlukan cash dan ingin keluarkan daripada aplikasi eWallet anda tersebut, anda boleh tengok sini cara keluarkan duit cash tersebut melalui eWallet yang anda ada. Mudah sahaja.

Cara Keluarkan Duit Cash Daripada eWallet

Tips dan cara ini dikongsikan oleh pengguna facebook dengan menggunakan Touch 'N Go eWallet. Tapi Kerajaan bagi RM50 ePENJANA untuk digunakan melalui aplikasi eWallet tau. Jangan lah bawa keluar. Anda boleh isi minyak, beli Kfc, beli barang DIY dan banyak lagi.

1.  Transaksi ini berlaku melalui Touch 'N Go eWallet. Anda boleh juga guna Boost atau GrabPay

Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet

2.  Seterusnya anda perlu ada akaun Shopee dan perlu topup dalam ShopeePay.

Caranya : Shopee > klik gambar yang dibulat merah seperti dibawah (ShopeePay)

Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet

3.  Kemudian klik butang Top Up seperti dalam gambar

Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet

3.  Masukkan jumlah yang anda ingin topup atau klik sahaja mana-mana nilai yang disediakan seperti dalam gambar. Kemudian pilih Payment Method menggunakan Cash Payment at 7-Eleven dan klik Confirm. Akhir sekali klik Pay Now

Akan keluar barkod. Anda pergi ke 7eleven terdekat anda dan scan kod tersebut dan bayar menggunakan eWallet anda. Jadi duit yang ada di dalam eWallet anda akan masuk ke ShopeePay.

Pastikan 7eleven tersebut menerima bayaran guna eWallet tau

Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet

Cara Keluarkan Duit Daripada ShopeePay

Jadi duit dah masuk dalam ShopeePay, anda boleh keluarkan daripada ShopeePay ke akaun bank anda. Mudah sahaja.

Pergi Shopee > ShopeePay > Transfer > Pilih Transfer to Bank Account > pilih akaun bank anda dan selesai

Cara Keluarkan Duit Cash Dari eWallet

Duit ambil masa sehari untuk masuk ke dalam bank. Jika sudah masuk, nanti boleh la withdraw di mesin ATM.

Jika tiada keperluan mendesak, anda gunakan sahaja eWallet anda untuk membeli barang. Tak perlu keluarkan duit cash tersebut. Jika terdesak sangat, baru boleh ikuti langkah mudah di atas cara untuk keluarkan duit cash melalui eWallet anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post