Kelebihan Boost Apps Berbanding eWallet Lain

Kelebihan Boost Apps Berbanding eWallet Lain

Anda nak tahu kelebihan Boost Apps berbanding eWallet lain? Disini akan disenaraikan beberapa kelebihan yang ada pada eWallet tersebut. Selain itu juga, mungkin kelebihan ini akan memberi jawapan kepada anda, nak guna eWallet mana untuk tebus eTunai Rakyat RM30 tersebut.

Aplikasi Boost antara eWallet yang disenaraikan kerjaan yang boleh anda tebus RM30 melalui program eTunai Rakyat selain daripada Grab Pay dan eWallet Touch 'N Go. Program ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia aktif ke arah pembayaran secara digital. Kurangkan menggunakan cash seperti wang tunai.

{tocify} $title={Table of Contents}

Boost juga antara top 5 eWallet 2019 bagi pengguna aktif setiap bulan dan juga eWallet yang paling banyak dimuat turun bagi platform Android dan iOS. Di premis perniagaan pun kini sudah banyak disediakan pembayaran melalui eWallet terutamanya Boost.

Jadi untuk itu, jom kita tengok apa 5 kelebihan menggunakan Boost yang ada padanya dan mungkin tiada pada eWallet lain. Sekali gus, anda boleh buat keputusan untuk pilih eWallet mana untuk digunakan untuk tebus eTunai Rakyat.

Kelebihan Boost Apps Yang Anda Perlu Tahu

Boost disediakan bagi kedua-dua platform iaitu Android dan juga iOS. Antaramuka yang disediakan juga hampir sama bagi kedua-dua platform tersebut. Jadi anda boleh download aplikasi eWallet Boost di bawah

Aplikasi Boost : Playstore | Appstore

*Kemudian, masukkan kod aimfjhw untuk dapatkan RM5 percuma

#1. Boleh Transfer Out Ke Akaun Bank 

Kelebihan ini sepertinya baru ingin diperkenalkan oleh eWallet Touch 'N Go, tetapi pada Boost ianya sudah lama disediakan ciri ini. Anda boleh transfer out duit yang ada di dalam akaun Boost anda ke akaun Bank seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat, BSN, Bank Islam dan banyak lagi.

kelebihan boost boleh transer out ke bank

Jadi kalau anda seperti terdesak ingin menggunakan Cash, anda boleh transfer ke bank akaun dan withdraw duit tersebut di mana-mana mesin ATM. Setiap transaksi yang dibuat akan dicaj sebanyak 2% sahaja. Sikit sahaja.

#2. Ada Disediakan Ciri Cashback

Mungkin kita biasa dengan Shopback dimana anda belanja secara online, anda dapat cashback. Ianya sama sahaja dengan konsep cashback yang ada pada Boost yang dipanggil CashUp.

Setiap platform yang bekerjasama dengan Boost menyediakan peratus cashback yang berbeza. Jadi jika ada ingin membuat pembelian online, anda boleh semak terlebih dahulu senarai CashUp yang ditawarkan.

  • Malaysia Arlines - 2.4% cashback
  • Zalora - sehingga 9.2% cashback
  • Watsons - 3.9% cashback
  • Shopee - sehingga RM20
  • Lazada - sehingga 5.2% cashback
  • Mr. DIY - 4% cashback
  • KLIA Ekspres - 1.2% cashback
  • PTT Outdoor - 8% cashback dan banyak lagi.

kelebihan boost dapat cashback

#3. Boost Coins Bagi Setiap Transaksi

Kelebihan menggunakan Boost yang lain adalah hadiah Boost Coins. Apa itu? Ianya pemberian yang diberi oleh Boost setiap kali anda membuat transaksi seperti pembayaran bil, pembayaran di premis makanan, kedai dan bermacam lagi.

Setiap amaun yang dibelanjakan, anda akan diberi beberapa Boost Coins. Apa tujuannya?

kelebihan boost dapat coins

Dengan Boost Coins yang anda peroleh, anda boleh tukarkannya kepada pelbagai item termasuk wang ringgit. Contoh lain yang disertai dengan jumlah coins seperti dibawah

110 Boost Coins  = RM1

100,000 = Samsung Galaxy Note 10+

18000 = Xiomi Tru Wireless Earbuds

1550 = 1 Month Spotify

500 = RM5 UMobile Topup dan sebagainya

Itu kelebihan menggunakan Boost yang tiada pada eWallet lain

#4. Banyak Pilihan Perbelanjaan Yang Disediakan

Jika di Touch 'N Go, mereka lebih utamakan pembayaran tol manakala Grab Pay lebih kepada pembayaran perkhidmatan Grab dan Grab Food. Kelebihan Boost App pula terdapat banyak pilihan pembayaran dan perbelanjaan.

kelebihan boost ada pilihan perbelanjaan

Sebagai contoh:

  • Bayaran bil (Astro, PTPTN, Indah Water)
  • Topup (UMobile, Xpax, Hotlink)
  • Parking (DBKL, Kota Bharu)
  • Tiket Wayang (GSC, TGV)
  • Derma (Yayasan Kebajikan Negara, MAKNA)
  • Pengangkutan (KLIA Ekspres, redBus, Easybook)
  • Penghantaran makanan (dahmakan, eatigo)
  • Online shopping (Carousell, PrestoMall)
  • Travel (Agoda, Trokka) dan banyak lagi

Jadi bila anda membayar melalui Boost, seperti pada kelebihan Boost App #3 iaitu anda akan dapat Boost Coins. Dapat lebih coins, boleh tebus item yang menarik. Kan best!

#5. Disediakan Pembelian Baucer

Ini merupakan kelebihan Boost app seterusnya iaitu disediakan pembelian baucer terus daripada aplikasi Boost. Jika ada baucer pastinya anda menerima penjimatan. Kerana itu tujuan baucer.

Terdapat banyak jenis baucer yang disediakan. Baucer ini akan ditawarkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

kelebihan boost ada baucer

Untuk bulan Januari 2024

  • Food & Baverage
    • KFC 20% off
    • Starbuck beli 1 percuma 1
  • Famous Amos RM3 untuk 80g cookies
    • Best Deal Ever
  • Baucer diskaun 8% untuk Agoda
  • Kapersky Internet Security berharga RM5.50 untuk 1 bulan
  • Hiburan
    • 3 bulan VIU Premium berharga RM20 sahaja
    • 6 bulan VIU Premium berharga RM48 sahaja

Dan banyak lagi baucer yang boleh anda tebus yang disediakan

Itulah Kelebihan Boost App

Jadi itu antara kelebihan Boost App berbanding aplikasi eWallet yang lain. Kelebihan Boost ini mungkin juga menarik minat anda untuk tebus eTunai Rakyat yang sepertinya banyak kegunaan yang boleh digunakan berbanding Grab Pay dan Touch 'N Go kan.

Jadi berminat dah ke untuk daftar aplikasi Boost dan jadikan antara pengguna eWallet selepas ini? Daftar sekarang guys!

Post a Comment

Previous Post Next Post