Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Secara Online

Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Secara Online

Perbankan Internet hampir setiap bank disediakan perkhidmatannya dan antaranya adalah Bank Rakyat. Dimana dengan menggunakan capaian Internet anda boleh melakukan pelbagai perkara termasuklah semak baki akaun Bank Rakyat secara online.

Jika sebelum ini untuk semak baki akaun Bank Rakyat anda terpaksa pergi ke mesin ATM. Tetapi dengan kehadiran perbankan Internet anda kini boleh secara secara online sahaja. Diharap kelak, Bank Rakyat boleh menyediakan cara semak baki melalui SMS pula.

Jika anda tidak berkesempatan untuk keluar mencari mesin ATM, anda boleh sahaja menggunakan perbankan Internet Bank Rakyat iaitu iRakyat. Terdapat pelbagai faedah daripadanya, antaranya adalah anda boleh semak baki akaun, membuat pembayaran bill, pindahkan wang ke akaun pihak ketiga, semak baki pinjaman dan pelbagai lagi.

Terlebih dahulu, anda perlu dapatkan akaun perbankan Internet i-Rakyat supaya barulah anda boleh ketahui cara semak baki akaun Bank Rakyat secara online.

Cara Daftar Perbankan Internet iRakyat

Anda perlu daftar menerusi mesin ATM terlebih dahulu kemudian barulah daftar i-Rakyat di laman web Bank Rakyat.

Daftar Di Mesin ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat terdekat
  2. Masukkan kad ATM & masukkan no PIN Anda
  3. Pilih menu ‘Others’
  4. Pilih “Internet Banking T-PIN”
  5. Masukkan nombor telefon Anda
  6. Masukkan 6 angka T-PIN Internet pilihan Anda (Sila hafal no ini, kerana ianya tidak dicetak dimana-mana).
  7. Ulangi lagi 6 angka T-PIN Internet yang dikehendaki untuk pengesahan.
  8. Selesai di mesin ATM

Daftar Perbankan Internet i-Rakyat

Anda akan menggunakan semula T-PIN yang telah anda pilih sebentar tadi di mesin ATM. Pastikan ianya angka yang sama ketika pendaftaran tadi.
  1. Masuk ke laman web Perbankan Internet Bank Rakyat www.irakyat.com.my
  2. Pilih First Time Registration
  3. Pilih ATM (MyDebit) Card/Debit Card/Credit Card no
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan
  5. Jika nombor telefon bimbit Anda telah didaftarkan ke Bank Rakyat. Anda akan menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS pada nombor ini
  6. Masukan username, password dan email
  7. Selesai. Kini anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan perbankan Internet i-Rakyat
Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Secara Online

Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Secara Online

Jika anda sudah mempunyai akaun i-Rakyat, barulah anda boleh semak baki akaun secara online. Caranya seperti berikut :
  1. Pergi ke laman web www.irakyat.com.my
  2. Pilih menu Account Info
  3. Kemudian pilih balance
  4. Maklumat baki akaun anda akan dipaparkan sama seperti di mesin ATM.

Berikut merupakan cara semak baki akaun Bank Rakyat secara online. Gunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Jangan dedahkan usernam dan password anda terhadap orang lain supaya akaun bank anda selamat daripada penipuan.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended