Tarikh Tuntut Dekoder MyFreeview Bagi Warga Sabah Dan Sarawak

Tarikh Tuntut Dekoder MyFreeview Bagi Warga Sabah Dan Sarawak

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pada 31 Oktober 2019, semua perkhidmatan TV Analog akan diberhentikan sepenuhnya diganti dengan TV Digital MyFreeview. Kerajaan juga telah memutuskan mana-mana warga B40 yang layak akan menerima dekoder MyFreeview secara percuma tanpa apa-apa bayaran.

TV Digital MyFreeview akan menggunakan dekoder khas bagi membolehkan anda menonton TV denga kualiti yang lebih baik berbanding TV Analog sebelum ini. Kelebihnya sudah pasti, kualti HD yang diberi, lebih siaran ditawarkan dan yang pastinya tiada caj bulanan yang dikenakan seperti siaran berbayar yang lain. Anda boleh dapatkan dengan sekali bayar sahaja di  www.myfreeview.tv

Sehubungan dengan pemakluman penerimaan dekoder secara percuma kepada warga B40, pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (MCMC) sebelum ini memberitahu tarikh agaihan dekoder MyFreeview kepada meraka yang layak bagi warga Sabah dan Sarawak.

Pusat dan Tarikh Agihan TV Digital MyFreeview Bagi Sabah Dan Sarawak

Sebanyak 8 pusat pengagihan, iaitu 4 di Sabah dan 4 di Sarawak sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital MyFreeview kepada golongan B40 yang layak dan telah pun mendaftar sebelum ini di pautan siniSemua dekoder ini akan diberi secara percuma kepada mereka.

Tarikh Tuntut Dekoder MyFreeview Bagi Warga Sabah Dan Sarawak

Tarikh Tuntut Dekoder MyFreeview Bagi Warga Sabah Dan Sarawak

Dengan penerimaan dekoder secara percuma ini, pastinya rakyat Malaysia dapat menikmati rancangan yang disediakan dengan kualiti yang baik dengan siaran HD. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan di pengedar yang sah berdekatan dengan kawasan anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan maklumat lain dengan layari laman web rasmi MyFreeviewTV di www.myfreeview.tv

Post a Comment

Previous Post Next Post