Takwim Sekolah 2024/2025 : Akademik Dan Kalendar Cuti Sekolah

Takwim Sekolah 2024/2025 : Kalendar Akademik Terbaru

Sesi persekolahan baru bagi tahun 2024/2025 tidak lama lagi akan bermula. Jadi pastinya ramai terutama sudah pastinya ibu bapa ingin tahun takwim akademik untuk sesi baru kali ini bagi anak-anak mereka.

Dengan adanya takwim sekolah atau kalendar akademik ini, ibubapa atau penjaga boleh atur segala persiapan bermula daripada awal hinggalah tamat sesi persekolahan nanti.

{tocify} $title={Table of Contents}

Apa Itu Takwim Sekolah?

Takwim sekolah atau kalendar akademik merujuk kepada jadual atau kalendar aktiviti sekolah mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti bila cuti sekolah, tarikh peperiksaan (exam), program sekolah dan lain-lain lagi.

Pada asasnya, takwim akademik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sama untuk setiap sekolah dan hanya dibezakan dengan kumpulan A dan kumpulan B yang ditetapkan mengikut negeri sahaja.

Tetapi mungkin ada sekolah yang menyediakan takwim sendiri khusus untuk sekolah tersebut sahaja. Ianya bergantung kepada dasar dan pentadbiran sekolah tersebut. Yang penting rujuk takwim akademik KPM terlebih dahulu.

Cara Dapatkan Takwim Sekolah

Ada beberapa cara untuk anda terutamanya ibubapa boleh dapatkan takwim sekolah terbaru untuk anak-anak buat persedian, antaranya :

  1. Sumber Rasmi Sekolah. Boleh hubungi pihak sekolah untuk dapatkan takwim akademik terbaru ini. Ada yang menyediakan secara online dan disediakan di pejabat
  2. Papan Informasi. Ibubapa boleh datang ke sekolah anak-anak dan dapatkan informasi terutamanya berkaitan takwim atau kalendar akademik yang tersedia di papan informasi.
  3. Laman Web KPM. Zaman teknologi sekarang, semua sudah di hujung jari. Pihak KPM sebenarnya telah menyediakan takwim sekolah ini di laman web mereka sejak daripada pengumuman lagi. Jadi anda boleh download secara online sahaja

Senarai Takwim Sekolah Akademik Sesi 2024/2025

Untuk ibubapa yang ingin dapatkan takwim atau Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 terbaru, anda boleh dapatkan gambar dibawah dan save di fon atau laptop anda.

Isi Penting Takwim Kalendar Akademik Sesi 2024/2025

PENGGAL 1

  • 11/3/2024 - 24/5/2024 (11 Minggu)
  • 25/5/2024 - 2/6/2024 (1 Minggu Cuti)

PENGGAL 2

  • 3/6/2024 - 13/9/2024 (15 Minggu)
  • 14/9/2024 - 22/9/2024 (1 Minggu Cuti)

PENGGAL 3

  • 23/9/2024 - 20/12/2024 (13 Minggu)
  • 21/12/2024 - 29/12/2024 (1 Minggu Cuti)
  • 23/12/2024 - 17/1/2025 (3 Minggu)
  • 18/1/2025 - 16/2/2025 (4 Minggu Cuti Akhir Persekolahan)

*tarikh-tarikh diatas adalah untuk sekolah-sekolah dalam kumpulan B. Untuk kumpulan A adalah awal sehari daripada tarikh dipaparkan.

Kumpulan A - Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

*klik pada gambar untuk lebih jelas

takwim kalendar akademik 2024/2025

takwim kalendar akademik 2024/2025

takwim kalendar akademik 2024/2025

Turut dipaparkan tarikh-tarikh perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Keamatan dan sebagainya.

Bagi yang ingin dapatkan salinan asal, anda boleh download menerusi laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di SINI.

Post a Comment

Previous Post Next Post