Selain iPhone, Ini Senarai Smartphone Sokong UWB Mampu Mengesan AirTag

Senarai Smartphone Sokong UWB Mampu Mengesan AirTag

Umum dah tahu, AirTag merupakan sebuah device atau peranti yang dikeluarkan oleh Apple dan pastinya pengguna iPhone mampu untuk mengesan kedudukan alat tersebut.

Tapi sebenarnya adakah ada smartpohone lain selain iPhone yang boleh detect AirTag juga? Ini bermakna, ianya tidak hanya bergantung kepada satu jenis telefon sahaja. Jadi fungsinya lebih meluas kan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Apa Itu Apple AirTag?

Secara mudahnya, Apple AirTag yang berbentuk bulan ini adalah sebuah penjejak peranti kecil penjejak. Ini bermakna, anda boleh kesan dimana lokasi AirTag ini berada melalui iPhone anda.

Alat ini hanya bersaiz bulat dengan diameter 31.9 mm, tebal 8.0 mm dan berat hanya 11 gram sahaja. Sedikit besar daripada saiz syiling 50sen.

apa itu airtag

Fungsi Apple AirTag

Secara asas, ianya digunakan sebagai alat penjejak sahaja. Tetapi dengan fungsi tersebutlah, banyak perkara yang anda boleh manfaatkannya ditambah pula dengan saiz yang kecil.

Sebagai contoh, anda boleh masukkan dalam dompet anda. Jadi sekiranya, anda tak ingat dimana anda letak dompet, anda boleh kesan AirTag yang berada didalamnya menggunakan iPhone.

Selain itu, boleh letak dalam bag, lampirkan pada kunci, simpan dalam poket anak anda, pada kucing serta haiwan peliharaan yang lain dan sebagainya.

Dengan itu, anda boleh ketahui lokasi sebenar dimana AirTag tersebut bersama 'benda' yang anda lampirkan; kunci, bag, dompet, anak dan sebagainya.

fungsi airtag

Alat ini sudah pastinya memerlukan sumber tenaga untuk berfungsi iaitu bateri. Sebenarnya, ia hanya menggunakan bateri macam remote kereta sahaja iaitu jenis CR2032.

Bateri ni boleh tahan selama setahun. Jadi kalau dah habis bateri, boleh je tukar sendiri yang lain. Kalau kat luar, mungkin harga dekat RM10, beli kat Shopee SINI pun boleh lebih kurang RM2 sahaja.

Tapi adakah ianya boleh dikesan sekiranya jauh daripada iPhone anda? Bagaimana ianya berfungsi sebenarnya?

Cara AirTag Berfungsi

Apple AirTag ini fungsinya macam GPS tracker tetapi tak boleh masuk simcard mahupun esim sekali pun. Jadi dia tiada sambungan internet mahupun wifi. 

Ini bermakna, dia tidak boleh berfungsi dengan sendiri kerana tiada sambungan internet. Kena ada peranti lain yang bantu. Jadi dia sambungkan dengan iPhone macam mana?

Sebenarnya Apple AirTag menggunakan Ultra-wideband (UWB). Ianya sebuah teknologi yang mampu untuk menghantar data tanpa wayar yang boleh digunakan untuk pelbagai peranti.

Akan tetapi, ianya tidak mampu untuk menghantar data dengan jarak yang jauh. Untuk Apple AirTag ianya hanya boleh sambungkan dengan iPhone dalam jarak 10 meter indoor dan hingga 30 meter jika berada di luar rumah.

Untuk menerima data daripada AirTag itu sendiri, hanya peranti yang mempunyai teknologi UWB sahaja yang boleh seperti yang terdapat pada iPhone 11 dan ke atas.

cara airtag berfungsi

Sekiranya jarak AirTag dan iPhone anda lebih 30 meter macam mana ianya boleh dikesan? Ini la keistimewaan AirTag dan teknologi UWB.

Sebagai contoh, anda berada di rumah dan anak anda berada di taska yang mana anda sudah letak AirTag padanya. Secara logik, anda tidak boleh mengesan AirTag tersebut kerana jarak yang jauh.

TETAPI sekiranya ada iPhone lain yang berada di sekitar AirTag tersebut, ianya akan bersambung dan anda boleh ketahui dimana lokasi AirTag anda tersebut.

Dengan kata mudahnya, jika ada mana-mana iPhone di sekitar AirTag, ianya akan bersambung secara automatik dan sekali gus anda boleh tahu dimana lokasi AirTag tersebut dengan tepat.

Kalau di Malaysia ni ramai ke yang pakai iPhone? Macam mana kalau tiada iPhone berdekat AirTag? Ke ada ada smartphone lain juga yang boleh bersambung dengan Apple AirTag ni?

Senarai Peranti & Smartphone Yang Boleh Mengesan Apple AirTag

Secara asasnya, peranti atau smartphone yang mempunyai teknologi UWB, boleh mengesan Apple AirTag termasuklah iPhone.

Tetapi sebenarnya, sekarang dah banyak smartphone Android yang telah menyokong teknologi ini. Ini bermakna, selain iPhone ada lagi smartphone lain yang boleh detect Apple AirTag. Boleh tengok senarai dibawah:

IOS

iPhone - iPhone 11, iPhone 12, iPhone 13, iPhone 14 dan iPhone 15

Smartwatch - Watch Series 6, Watch Series 7, Watch Series 8, Watch Series 9, Watch Ultra, Watch Ultra 2

ANDROID

Google - Pixel 6, Pixel 7, Pixel 8, Pixel Fold, Pixel Tablet

Samsung - Galaxy Note 20, Galaxy S21, Galaxt S22, Galaxy S23, Galaxy S24, Galaxy Z Fold 2, Galaxy Z Fold 3, Galaxy Z Fold 4, Galaxy Z Fold 5

Xiaomi - MIX4

Boleh Sambungkan Dengan AirTag Tapi Android Boleh Ke Guna AirTag Ini?

Meskipun beberapa smartphone Android ada teknologi UWB, tetapi tidak semestinya ia boleh disambungkan dengan Apple AirTag.

Ini bermakna Android Phone tak boleh guna, tapi boleh tolong connect sahaja. Bantu sama lain, tapi tak boleh guna.

Harga Sebuah Apple AirTag

Meskipun dikatakan produk Apple yang paling murah, tetapi dengan fizikalnya ianya bukanlah terlalu murah sebenarnya. Anda boleh dapatkan dengan harga RM149 sebijik. Itu belum termasuk holder kalau nak beli.

Untuk harga lebih murah, disarankan beli di Shopee Mall seperti Machine, Switch, Thunder, ITWorld dan sebagainya. Harga lebih murah.

Anda boleh dapatkan harga serendah RM128 sebiji beli di Shopee SINI atau RM499 dengan 4 biji beli di SINI. Holder tak sampai RM50 pun kat SINI.

Harga apple airtag

Cara Guna AirTag

Jadi dah tahu fungsi dan harganya. Sekarang ketahui cara untuk menggunakan AirTag di iPhone. Mudah sahaja:

  1. Pair AirTag dengan iPhone dengan dekatkan antara satu sama lain
  2. Selain itu, boleh juga pairkan menggunakan apps 'Find My' denga klik pada butang +
  3. Dah pair, barulah boleh letak atau selitkan AirTag anda pada mana-mana tempat seperti bag, letak dalam kereta, dalam wallet dan sebagainya.
  4. Untuk kesan atau track lokasi AirTag, guna apps 'Find My'. Disini akan dipaparkan dimana lokasi AirTag anda tersebut

Selain itu, anda juga boleh share info lokasi AirTag ini dengan pasangan atau keluarga anda yang menggunakan iPhone. Boleh tengok dan pantau sama-sama.

Alternatif Kepada AirTag Untuk Android

Sebenarnya selain Apple AirTag, Samsung juga ada mengeluarkan GPS tracker yang mana sama sahaja fungsinya dinamakan Galaxy SmartTag. Tetapi sekali lagi ianya khusus untuk pengguna Samsung sahaja.

Galaxy SmartTag - RM139 (Beli Sini)

Galaxy SmartTag 2 - RM149 (Beli Sini)

Jika anda ingin cari yang lebih murah, anda boleh dapatkan jenama Baseus yang mana fungsinya sama tetapi menggunakan teknologi Bluetooth sahaja. Harga RM30 sahaja. Tengok SINI.

Kesimpulan Tentang Apple AirTag

Apple AirTag ini sangat membantu sekiranya anda ingin track atau mengesan barang atau sesiapa sahaja yang anda sayang jika ianya berada berjauhan. Dengan alat ini, anda boleh tahu lokasi yang tepat.

Tetapi kelemahannya, jika jauh daripada anda, ianya perlukan device atau smartphone yang ada UWB sahaja untuk AirTag berfungsi. Kalau takda, tak boleh detect.

Jadi selepas ini, mungkin anda boleh cosider untuk beli iPhone atau smartphone Android yang ada sambungan UWB. Mungkin selepas ini bakal digunakan secara meluas.

Post a Comment

Previous Post Next Post