Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 1 Dibayar Mulai 29 Januari 2024

Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 1 Dibayar Mulai 29 Januari 2024

Individu yang layak boleh mula tengok bank anda apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula dibayar bermula Isnin ini, 29 Januari 2024. Inisiatif akan akan beri manfaat kepada 8.2 juta penerima seperti yang berdaftar mengikut kategori.

Menerusi kenyataan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dimana pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau menerusi bayaran tunai daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

Tambahan lagi, bayaran fasa 1 telah dinaikkan kepada RM500 bagi setiap penerima kategori isu rumah dengan jumlah pendapatan RM2,500 dan kebawah berbanding sebelum ini sebanyak RM300 sahaja pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima antara RM100 dan RM300 bantuan tunai dibawah inisiatif STR ini. Manakala warga emas tiada pasangan dan golongan bujang, masing-masing akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM150 dan RM100.

Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 1 Dibayar Mulai 29 Januari 2024

Orang ramai boleh semak status kelayakan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah, STR ini menerusi portal rasmi di laman web khas LHDN di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau website MOF.

Sekiranya nama anda tiada dalam senarai, anda boleh buat permohonan baru yang dibuka sepanjang tahun dan lengkapkan segala proses yang diperlukan mengikut kategori yang ditetapkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post