Cara Tonton Siaran Langsung Piala Asia AFC 2023 Qatar Untuk Perlawanan Malaysia

Cara Tonton Siaran Langsung Piala Asia AFC 2023 Qatar Untuk Perlawanan Malaysia

Nak pergi ke Qatar, terlalu jauh dan tak mampu. Jadi hanya menonton dari Malaysia sahaja. Tapi macam mana nak tengok perlawanan Malaysia di Piala Asia AFC 2023 (AFC Asian Cup) kali ini secara langsung agaknya?

Selepas lebih 40 tahun kita tidak berjaya layak ke Piala Asia AFC secara merit, pada tahun 2023, Malaysia mencipta sejarah sekali lagi apabila layak terus ke pusingan akhir kejohanan ini.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya bermain di peringkat Asia adalah pada edisi 2007 selaku tuan rumah bersama yang melibatkan Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kemudian tiada lagi.

💡Table of Contents

Edisi 2023-2024 inilah kita kembali ke pentas tertinggi bagi benua Asia ini dan kini Malaysia sebaris dengan pasukan Piala Dunia seperti Jepun, Korea, Arab Saudi dan banyak lagi.

Selain daripada skuad kebangsaan sendiri, kita semua sebagai penyokong dan pendokong Harimau Malaya ingin menjadi antara lipatan sejarah untuk sukan bola sepak tanah air ini.

Bagi yang berkesempatan, pastinya mereka tidak ingin terlepas peluang untuk menyaksikan aksi Malaysia di depan mata dengan terus terbang ke Qatar untuk menyaksikan secara live.

Tapi bagi yang tidak berpeluang, jangan risau! Anda juga sebenarnya boleh saksikan perlawanan melibatkan pasukan Malaysia secara langsung tanpa perlu terbang ke Doha.

Ini kerana, telah banyak saluran yang disediakan untuk orang ramai menyaksikan aksi Piala Asia AFC 2024 Qatar kali ini terutamanya melibatkan skuad Harimau Malaya.

3 Cara Tonton Siaran Langsung Piala Asia AFC 2023-2024

Berikut merupakan tiga (3) cara untuk saksikan Piala Asia Asia AFC 2024 Qatar terutamanya melibatkan pasukan Malaysia.

1)  Siaran Langsung Di Astro Dan RTM

Astro akan bawakan kesemua 51 perlawanan secara langsung bermula daripada peringkat kumpulan, sehinggalah ke pusingan akhir iaitu menerusi Astro Arena 801, Arena Bola 803- 804 dan Astro Supersport 811-813.

Siaran Langsung Di Astro

Manakala untuk saluran RTM, semua perlawanan melibatkan pasukan Malaysia akan ditayangkan secara langsung. Manakala beberapa perlawanan terpilih untuk semua peringkat akan ditayangkan secara langsung dan siaran tertunda. Menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Yang penting percuma.

2)  Live Streaming Di Sooka Dan RTM Klik

Untuk yang tiada tv atau tiada akses Astro, anda boleh saksikan kejohanan Piala Asia kali ini secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dan RTM Klik. Untuk platfrom Sooka, anda perlu langgan dengan harga RM34.90 sebulan. Manakal RTM Klik, anda boleh tonton secara percuma sahaja.

3)  Tayangan Skrin Besar Di Setiap Negeri Dan Stadium

Nak merasa vibe di stadium Qatar tak berkesempatan, tapi kini anda berpeluang untuk rasa vibe menonton secara beramai-ramai sama seperti menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium iaitu menerusi tayangan skrin besar di setiap lokasi terpilih di setiap negeri.

Paling best kali ini, buat pertama kali untuk tayangan skrin besar akan dibuat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan itu, orang ramai boleh merasai seolah-olah Harimau Malaya beraksi di stadium keramat mereka pada hari perlawanan.

Untuk info, tayangan skrin besar ini hanya melibatkan pasukan Malaysia sahaja. Bagi perlawanan-perlawanan lain, tiada tayangan dibuat. Ini bermakna, skrin besar hanya ada pada 16, 20 dan 25 Januari 2025.

Tayangan Skrin Besar

Post a Comment

Previous Post Next Post