30 Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2024 (Happy New Year) Yang Menarik

30 Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2024

Tahun Baru melambangkan sebuah permulaan dan pembaharuan yang baru. Inilah masanya yang sesuai untuk berkumpul semula bersama keluarga dan bertemu dengan rakan terutamanya ketika waktu cuti. Selamat Tahun Baru 2024!

Happy New Year 2024! Mari kita sambut Tahun Baru 2024 dengan tangan dan hati yang terbuka. Tahun 2024 menanti kita untuk membawa banyak impian dalam hidup kita. Tahun Baru bukan sahaja perubahan tarikh kalendar, tetapi mengukir permulaan baru dan memupuk pendekatan yang lebih positif dalam kehidupan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Kegembiraan menyambut Tahun Baru bersama rakan dan keluarga tidak terkata khususnya untuk rakyat Malaysia.

Sambutan Tahun Baru memberikan masa yang sesuai untuk bersatu semula dengan rakan-rakan. Jika malam tahun baru, boleh tengok bunga api sambil nikmati makanan enak bersama-sama.

Sambil mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023, kita boleh renung seketika dan melihat kembali detik-detik kebahagiaan dan kejayaan pada tahun sudah dengan meninggalkan kenangan dan berharap untuk memulakan yang baru.

Anggap tahun 2024 sebagai lembaran putih, percaya pada diri sendiri, dan warnai lembaru baru tahun ini dengan impian dan perkara yang positif. Inilah masanya untuk membuat resolusi bagi membantu untuk mencapai kejayaan dan mendapatkan semua perkara yang baik dalam hidup.

Hantarkan mesej kepada orang yang anda sayangi dengan ucapan yang indah ini dan tunjukkan rasa cinta dan kasih sayang. Berikut adalah ucapan dan mesej Tahun Baru 2024 untuk dikongsi dengan orang yang anda sayangi.

Ucapan Selamat Tahun Baru 2024 Bahasa Melayu

Ucapan Tahun Baru 1

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, kebahagian dan kesihatan serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan. Selamat Menyambut Tahun Baru 2024.

Ucapan Tahun Baru 2

Selamat Menyambut Tahun Baru 2024. Semoga tahun baharu memberi kita semangat yang lebih posifi dan mendorong kita untuk lebih progresif dalam kehidupan seharian.

Ucapan Tahun Baru 3

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024! Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan.

Ucapan Tahun Baru 4

Semoga Tahun 2024 ini membawa rahmat kepada diri, keluarga dan masyarakat agar menjadi yang lebih baik, Insya Allah.

Ucapan Tahun Baru 5

Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua rakyat Malaysia. Saya doakan semoga tahun 2024 memberi lebih manfaat, kebahagiaan, kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh negara.

Ucapan Tahun Baru 6

Selamat Menyambut Tahun Baru 2024. Semoga tahun ini dilimpahi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Ucapan Tahun Baru 7

Hari berganti, Bulan berganti, Tahun pun berganti. Tahun baru dan tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Selamat Tahun Baru

Ucapan Tahun Baru 8

Ada tangis dan tawa telah dilalui. Tak terasa tahun 2023 telah terlewati. Tak lupa doa terindah selalu dipanjatkan untuk kebaikan hidup di masa depan kita. Selamat Tahun Baru 2024.

Ucapan Tahun Baru 9

Azam tahun baru itu umpama sampan. Biasanya ke laut.

Ucapan Tahun Baru 10

Salam madani ❤️❤️tahun baru bakal menjelang tiba ❤️❤️ selamat tahun baru 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua berada..semoga tahun ini Allah permudahkan urusan kita.. tercapai segala impian 🥰🥰semoga diberkati Allah SWT... diberi kesihatan yang baik 😘😘..semoga tahun 2024 madani kita terus maju

Ucapan Tahun Baru 11

Tahun Baru 2024 cabaran baru. Semoga dipermudahkan dan impian tahun baru tercapai seperti yang dihajatkan.

Ucapan Tahun Baru 12

Semoga tahun 2024 menjadi kanvas baharu, dilukis dengan pengalaman dan detik-detik pencapaian peribadi yang berharga. Semoga kita semua menghargai kemesraan yang terjalin dalam keluarga, sokongan rakan-rakan, dan aspirasi diri yang gemilang.

Ucapan Tahun Baru 13

Diharapkan 2024 adalah tahun baru yang penuh dengan kejayaan, ketawa, dan keindahan perjalanan hidup. Selamat Tahun Baru 2024 buat semua

Ucapan Tahun Baru 14

Selamat tinggal kenangan. Selamat datang cerahnya masa depan. Semoga tahun baru 2024 ini menjadikan kita semua menjadi individu yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya

Ucapan Tahun Baru 15

Selamat Tahun Baru 2024! Mari kita teruskan perjalanan dengan semangat baru. Kejayaan dan kebahagiaan menanti di setiap langkah. Semoga tahun ini penuh dengan pencapaian dan keberuntungan.!

Ucapan Tahun Baru 16

Selamat Tahun Baru 2024 kepada kenalan dan semua rakyat Malaysia!! Semoga tahun baru ini memberikan Kita kehidupan Yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. Aamiin 🤲

Ucapan Tahun Baru 17

Tahun 2023 kian melabuh tirai...dan Tahun baru 2024 menjelang tiba.. Jom kita raikan bersama dan seluruh rakyat malaysia❤️semoga sentiasa maju jaya..dan maju terus maju🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗

Ucapan Tahun Baru 18

Selamat Tahun Baru 2024! Semoga tahun baru ini lebih bererti, bermakna, tercapai segala azam dan impian. Yang penting semoga kita sama-sama menjaga kesihatan, kerana nikmat sihat itu lah yang paling berharga.

30 Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2024

Ucapan Selamat Tahun Baru 2024 English

  1. May the closeness of your loved ones, family, and friends fill your heart with joy. Happy New Year!
  2. Happy New Year 2024! We know that this past year has been full of challenges, and we pray that the coming year brings brighter days. Sending all our love and good wishes.
  3. Wishing you and your family endless blessings this year. Happy New Year 2024!
  4. As you say goodbye to 2023, and welcome the year 2024, may happiness follow you always. Happy New Year.
  5. May the new year bring lots of love and light to your family. Happy New Year 2024!
  6. Happy New Year to a true friend who needs no resolutions because you're already awesome.
  7. Each year of our friendship is the best one yet! Here’s to making more memories in 2024.

30 Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2024

Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Dihari cuti pergi memburu,
Penat berjalan duduk berkipas,
Tahun baru azam baru,
Apa citer azam tahun lepas.

Kiambang bertaut bedok berlalu,
Teratai layu ditasek madu,
Tahun 23 biarlah berlalu,
Tahun baru azamnya baru.

Kata hikmah perlu direnungi,
Muhasabah diri setiap pagi,
Azam lepas sudah dipenuhi,
Azam baru kita rancangi.

Bestnya lagu sembilu,
Terbang tinggi siburung helang,
Azam 2023 biarlah berlalu,
Sambutlah 2024 lebih gemilang.

Pergi ke pasar membeli kipas,
Membeli kipas dan kasut baru,
Merry Christmas sudah lepas,
Tak lama lagi kita sambut Tahun Baru.

Tahun baru tahun mencabar,
Sambutan rakyaat Kita semua,
Doa Kita sentiasa bahagia,
Semuga rezki sentiasa ada.

Indah bagai permata,
Terbang tinggi siburung helang,
Pergilah derita dan airmata,
Ku nanti 2024 penuh gemilang.

Ikan bakar ikan kerapu,
Sayur bayam direbus dulu,
Sudah hampir tahun baru,
Siapa ada 100 kasi aku pinjam dulu.

30 Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2024

Post a Comment

Previous Post Next Post