Juara Lawak Awesome 2023 : Tarikh, Waktu Dan Cara Sertai Uji Bakat

Uji Bakat Juara Lawak Awesome 2023

Ini lah masanya untuk anda bersinar dalam dunia lawak ke level yang lebih tinggi. Jadi apa tunggu lagi, serlahkan bakat anda tersebut dengan menyertai Uji Bakat bagi program terbaru 'Juara Lawak Awesome 2023'.

Ianya merupakan sebuah program pencarian bakal lawak menerusi penyiaran tv Awesome TV. Anda mungkin bakal bakal menjadi juara yang pertama yang dicari menerusi program terbaru terbitan Awesome TV ini.

Sebelum ini Awesome TV ada juga menyiarkan program pencarian bakat lawak iaitu menerusi Gelanggang Awesome Raja Lawak. Dengan menggunakan konsep yang sama, mereka kembali untuk Juara Lawak Awesome pula.

Jika anda rasa dah cukup kelakar dan cukup berani untuk tampil dan membuat persembahan lawak di atas pentas serta ingin menjadi pelapis pelawak-pelawak negara seperti Johan, Zizan dan Nabil, jangan lupa sertai uji bakat penjarian peserta Juara Lawak Awesome 2023.

Tarikh Dan Waktu Uji Bakat Juara Lawak Awesome 2023

Jadi apa tunggu lagi, datang ke mana-mana lokasi uji bakat Juara Lawak Awesome yang bakal diadakan di seluruh negara bermula dari pantai timur, selatan, utara hingga ke lembah kelang.

East Coast Mall (ECM) - Kuantan Pahang

  • 7 & 8 Oktober 2023
  • 9 pagi - 6 petang

AEON Mall - Shah Alam

  • 14 & 15 Oktober 2023
  • 9 pagi - 6 petang

AEON Mall - Bukit Indah, Johor

  • 21 & 22 Oktober 2023
  • 9 pagi - 6 petang

AEON Mall - Bukit Mertajam, Pulau Pinang

  • 28 & 29 Oktober 2023
  • 9 pagi - 6 petang

AEON Mall AU2

  • 2 & 5 Oktober 2023
  • 9 pagi - 6 petang

Syarat Penyertaan Uji Bakat Juara Awesome Raja Lawak

Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan untuk sesi uji bakal

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bawa salinan kad pengenalan (mykad)
  • Bawa gambar berukuran passport atau 4R
  • Terbuka keapda kategori duo & trio sahaja
  • Sketsa komedi (tema bebas) selama 3 minit
  • Tiada rekod jenaya

Cara Sertai Uji Bakat Awesome Raja Lawak

  1. Datang dimana-mana lokasi uji bakat mengikut tarikh yang ditetapkan
  2. Ambil borang di kaunter uji bakat
  3. Anda akan diberi nombor giliran
  4. Follow akaun awesometv
  5. Tunggu di ruang menunggu untuk giliran
  6. Buat persembahan di atas pentas di hadapan juri

Anda dah bersedia untuk menyinar dalam dunia lawak? Jadi jangan lupa untuk sertai uji bakat Juara Lawak Awesome 2023 yang berhampiran dengan anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post