Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Badminton Kejohanan Remaja Dunia 2023

Jadual Dan Keputusan BWF Kejohanan Remaja Dunia 2023

Pada Ogos yang lalu, kita sudah ketahui pemenang bagi setiap kategori dalam kejohanan tertinggi badminton iaitu menerusi BWF Kejohanan Dunia 2023 (BWF World Championships).

Kali ini kejohanan dunia diteruskan lagi tetapi mengfokuskan kepada pemain badminton dibawah umur 19 tahun iaitu menerusi BWF Kejohanan Remaja Dunia atau BWF World Junior Championships 2023.

Pemain yang menyertai kejohanan ini adalah terdiri daripada pelapis-pelapis negara masing-masing dalam sukan badminton. Mereka inilah yang akan meneruskan cabaran dalam saingan peringkat senior kelak.

Acara tahunan ini bermula dengan kategori berpasukan campuran dan kemudian diikuti dengan acara individu yang melibatkan perseorangan lelaki dan wanita sertai beregu lelaki, wanita dan campuran.

Secara keseluruhan temasya BWF World Junior Championships 2023 bermula dari 25 September hingga 8 Oktober 2023 dan Spokane, Washington, United States telah dipilih menjadi tuan rumah.

Kemudian ianya dipecahkan iaitu kategori Beregu Campuran bermula dari 25 hingga 30 September 2023 dan kemudian diikuti dengan acara individu dari 1 hingga 8 Oktober 2023.

Jika dilihat sejarah sebelum ini, kali terakhir Malaysia memenangi mana-mana kategori dalam Kejohanan Remaja Dunia ini adalah pada tahun 2018 iaitu menerusi Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita.

Sejak daripada itu, tiada lagi mana-mana wakil Malaysia yang memenangi dan bergelar juara remaja dunia. Adakah untuk edisi 2023 ini kita dapat lihat kejayaan itu kembali kepada wakil Malaysia?

Keputusan Berpasukan Campuran BWF Kejohanan Remaja Dunia 2023

Acara untuk berpasukan campuran telahpun melabuhkan tirai. Malaysia berjaya membawa pulang pingat gangsa apabila tumpas di pusingan separuh akhir kepada China.

Kejohanan Remaja Dunia BWF untuk tahun 2023 bagi kategori beregu campuran jatuh kepada China apabila berjaya menewaskan Indonesia di final dengan 3-1.

Emas 🥇 - China
Perak 🥈 - Indonesia
Gangsa 🥉 - Malaysia dan Chinese Taipei

Senarai Pemain Malaysia Dalam BWF Kejohanan Remaja Dunia 2023

Berikut merupakan senarai pemain badminton junior Malaysia yang bakal menggalas cabaran di acara individu atau digelar Eye Level Cup 2023 kali dimana mereka merupakan pemain-pemain dibawah naungan BAM.

[Perseorangan Lelaki]  - Eogene Ewe, Muhamad Faiq

[Perseorangan Wanita] - Siti Zulaikha, Ong Xin Yee

[Beregu Lelaki] - Bryan Jeremy Goonting/Aaron Tai, Kang Khai Xing/Low Han Chen

[Beregu Wanita] - Chan Wen Tse/Chong Jie Yu, Ong Xin Yee/Carmen Ting

[Beregu Campuran]  Low Han Cheng/Chong Jie Yu, Kang Khai Xin, Carmen Ting

Siaran Langsung Kejohanan World Junior Mixed Team Championships 2023

Meskipun ini merupakan kejohanan terbesar bagi skuad junior badminton. Tetapi tiada tayangan siaran langsung yang dibawakan sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM.

Meskipun begitu, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming menerusi saluran youtube rasmi BWF di BWF TV. Tetapi mungkin perlukan sambungan VPN untuk pengguna di Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Remaja Dunia BWF 2023

Kejohanan ini akan bermula daripada pusingan keempat iaitu pusingan 128 untuk kesemua kategori. Jadual dan keputusan dibawah adalah melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja.

*Masa dan tarikh yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

2 Oktober 2023 (Isnin) - Pusingan 128

[XD] Matus Polacek/Lea Vybochova (LAT) vs (MAS Kang Khai Xing/Carment Ting - [9-21, 11-21]

[XD] Andy Amofa/Moslena Korama (GHA) vs (MAS) Bryan Jeremy Goonting/Chan Wen Tse - [7-21, 5-21]

-----------------------------------------------

3 Oktober 2023 (Selasa) - Pusingan 64

*Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 12.00 tengah malam

[XD] Low Han Chen [4]/Chong Jie Yu (MAS) vs (AUT) Pascal Cheng/Chiara Rudolf - [21-9, 21-9]

[XD] Kang Khai Xing/Carmen Ting (MAS) vs (NED) Casper Spaans/Florine Wille - [21-6, 21-8]

[XD] Vid Koscak/Anja Blazina (RUS) vs (MAS) Bryan Jeremy Goonting/Chan Wen Tse - [8-21, 13-21]

[MS] Ayush Shetty (IND) vs (MAS) Eogene Ewe [2] - [21-17, 21-17]

[MS] Muhammad Faiq [11] (MAS) vs (HKG) Lam Ka To - [21-12, 18-21, 21-13]

[WS] Anja Rumpold (AUT) vs (MAS) Ong Xin Yee [7] - [7-21, 15-21]

[WS] Siti Zulaikha [9] (MAS) vs (CHN) Huang Lin Ran - [17-21, 10-21]

[MD] Bryan Jeremy Goonting [5]/Aaron Tai (MAS) vs (INA) Zidane Efendi/Kleopas Prakoso - [19-21, 21-13, 21-10]

[WD] Chan Wen Tse/Chong Jie Yu (MAS) vs (AUS) Dania Nugroho/Catrina Chia-Yu Tan - [21-7, 21-12]

[WD] Sydney Tjonadi/Isabella Yan (AUS) vs (MAS) Ong Xin Yee [7]/Carmen Ting - [13-21, 9-21]

[MD] Edzus Meirans/Rihards Zugs (LAT) vs (MAS) Kang Khai Xing [13]/Low Han Chen - [4-21, 8-21]

-----------------------------------------------

4 Oktober 2023 (Rabu) - Pusingan 32

*Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 1.00 pagi

[MD] Bryan Jeremy Goonting [5]/Aaron Tai (MAS) vs (POR) Santiago Batalha/Dinis Maia - [21-16, 21-7]

[XD] Kang Khai Xing/Carmen Ting (MAS) vs (TPE) Lai Po Yu/Jheng Yu Chieh - [17-21, 20-22]

[XD] Low Han Chen [4]/Chong Jie Yu (MAS) vs (JPN) Kosuke Kakuta/Mei Sudo - [21-15, 22-20]

[WS] Elin Ohling (SWE) vs (MAS) Ong Xin Yee [7] - [9-21, 12-21]

[XD] Bryan Jeremy Goonting/Chan Wen Tse (MAS) vs (IND) Samarveer/R Sharma - [19-21, 18-21]

[MS] Muhammad Faiq [11] (MAS) vs (CAN) Timothy Lock - [22-20, 21-13]

[MD] Neil Ganguly/Michael Xu (USA) vs (MAS) Kang Khai Xing [13]/Low Han Chen - [9-21, 9-21]

[WD] Jiang Pei Xi/Liao Li Xi (CHN) vs (MAS) Ong Xin Yee [7]/Carmen Ting - [21-16, 17-21, 13-21]

[WD] Mei Sudo [1]/Nao Yamakita (JPN) vs (MAS) Chan Wen Tse/Chong Jie Yu - [21-18, 21-10]

-----------------------------------------------

5 Oktober 2023 (Khamis) - Pusingan 16

*Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 1.00 pagi

[WS] Mihane Endo [15] (JPN) vs (MAS) Ong Xin Yee [7] - [21-9, 8-21, 21-15]

[WD] Chloe Ho/Ella Lin (USA) vs (MAS) Ong Xin Yee [7]/Carmen Ting - [21-15, 7-21, 11-21]

[XD] Low Han Chen [4]/Chong Jie Yu (MAS) vs (ESP) Rodrigo Sanjurjo/Nikol Carulla - [21-9, 21-10]

[MD] Kang Khai Xing [13]/Low Han Chen (MAS) vs (CHN) Chen Yong Rui/Hu Ke Yuan - [21-11, 17-21, 12-21]

[MS] Alexander Ringbaek (DEN) vs (MAS) Muhammad Faiq [11] - [18-21, 7-21]

[MD] Bryan Jeremy Goonting [5]/Aaron Tai (MAS) vs (IND) Nicholas Raj/Tushar Suveer - [21-14, 21-17]

-----------------------------------------------

6 Oktober 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

*Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 2.00 pagi

[XD] Low Hang Chen [4]/Chong Jie Yu (MAS) vs (INA) Adrian Pratama [7]/Felisha Pasaribu - [21-18, 21-16]

[MS] Hu Zhe An [3] (CHN) vs (MAS) Muhmmad Faiq [11] - [21-10, 16-21, 21-2]

[WD] Ong Xin Yee [7]/Carmen Ting (MAS) vs (JPN) Maya Taguchi/Aya Tamaki - [13-21, 14-21]

[MD] Kosuke Kakuta/Kaito Sugawara (JPN) vs (MAS) Bryan J Goonting [5]/Aaron Tai - [21-12, 17-21, 16-21]

-----------------------------------------------

7 Oktober 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

*Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 4.00 pagi. Ditayangkan secara langsung di Astro Supersport CH816

[XD] Zhu Yi Jun [1]/Huang Ke Xin (CHN) vs (MAS) Low Han Chen [4]/Chong Jie Yu - [21-14, 21-14]

[MD] Bryan Jeremy Goonting [5]/Aaron Tai (MAS) vs (TPE) Lai Po Yu [6]/Tsai Fu Cheng - [18-21, 21-15, 14-21]

-----------------------------------------------

8 Oktober 2023 (Ahad) - Final

*Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 4.00 pagi. Ditayangkan secara langsung di Astro Supersport CH816

[XD] Zhu Yi Jun [1]/Huang Ke Xin (CHN) vs (CHN) Liao Pin Yi [3]/Zhang Jia Han - [10-21, 21-16, 22-24]

[WS] Chiara Marvella Hondoyo (IND) vs (THA) Pitchamon Opatniputh [2] - [11-21, 9-21]

[MS] Hu Zhe An [3] (CHN) vs (INA) Alwi Farhan [4] - [19-21, 21-19, 14-21]

[WD] Francesca Corbett [3]/Allison Lee (USA) vs (JPN) Maya Taguchi/Aya Tamaki - [21-12, 13-21, 15-21]

[MD] Lai Po Yu [6]/Tsai Fu Cheng (TPE) vs (CHN) Ma Shang [4]/Zhu Yi Jun - [21-17, 17-21, 15-21]

-----------------------------------------------

Sekiranya anda ingin dapatkan jadual dan keputusan bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com/worldjuniorchampionships

Post a Comment

Previous Post Next Post