Siaran Langsung Keputusan Live PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Keputusan Live PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Perlawanan PDRM vs Selangor akan berlangsung pada 3 Ogos 2023, hari Khamis yang mana ianya akan diadakan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Untuk perlawanan pertama, PDRM terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah dan akan melayan kunjungan Selangor bagi memburu trofi Piala Malaysia 2023.

Kemudian pada 19 Ogos depan, giliran Selangor pula akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan timbal balik kedua. Hakikatnya mereka akan bermain di stadium yang sama selepas ini.

Format Piala Malaysia 2023

Untuk musim 2023, ada sedikit kelainan yang bakal ditampilkan dalam saingan Piala Malaysia berbanding tahun-tahun sudah.

Jika sebelum ini bermain dalam bentuk liga melibatkan 4 kumpulan, tetapi kali ini ditukar kepada format kalah mati. Perlawanan diadakan secara timbal balik dengan bilangan gol tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.

Terdapat 16 pasukan iaitu terdiri daripada semua 12 pasukan Liga SUper dan 4 pasukan daripada Liga M3. Mereka akan bermula pada pusingan 16 terbaik sehinggalah ke final kelak.

Pertembungan PDRM vs Selangor

PDRM merupakan antara pasukan yang dinaikkan ke Liga Super untuk tahun 2023 ini. Pasukan underdog yang mana antara yang sangat baik persembahan dalam saingan liga.

Banyak pasukan besar yang tewas kepada PDRM termasuk pasukan Selangor. Mereka setakat ini pernah bertemu sekali sahaja dan ianya berpihak kepada PDRM.

Untuk jangkaan pasukan manakah yang akan mara ke suku akhir, agak sukar untuk dijangka. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang meskipun Selangor kini berada di tempat kedua liga berbanding PDRM di tangga kelapan.

Siaran Langsung Dan Live Streaming PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Untuk kedua-dua pasukan jangan lupa untuk datang ke stadium dengan dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara onilne mahupun di kaunter perkarangan stadium.

Tetapi bagi yang tidak berkesempatan datang, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan hanya melanggan Pas Liga Malaysia 2023.

Jadual Dan Keputusan Piala Malaysai 2023 PDRM vs Selangor (First Leg)

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan pertama pusingan 16 tebarik antara PDRM dan Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2023 pada Khamis ini, jam 9.00 malam.

Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : PDRM (1) - (4) Selangor

  • Hadi Fayyadh 25'
  • Ayron del Valle 57', 64'
  • Harith Haiqal 74'
  • Yohandry Orozco 90+1'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post