Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Negeri Sembilan Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Negeri Sembilan Live Streaming

Kini tiba sudah untuk saingan Liga Super 2023 bagi minggu kelapan belas dan melibatkan semua pasukan yang mana tara perlawanan yang berlangsung hari pertama adalah mempertemukan pasukan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC.

Untuk pertemuan kedua-dua pasukan ini, ianya akan berlangsung pada 28 Julai 2023, hari Jumaat dimana akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Kini giliran untuk penyokong Terengganu menjadi tuan rumah.

Sebelum ini, Terengganu dan Negeri Sembilan telah pun bertemu untuk kali pertama dalam musim 2023 dimana ketika itu bermain di Stadium Paroi. Pertemuan tersebut adalah dalam saingan liga juga yang berlangsung pada Mac yang lalu di LS5.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah iaitu Negeri Sembilan ketika itu tidak mensia-siakan peluang sekali gus berjaya menewaskan pasukan pelawat iaitu Terengganu dengan jaringan 2-1. Kini berada beradu lagi dan ditempat yang berbeza.

Terengganu Berpeluang Cerah

Ini merupakan pertemuan antara pasukan pertengahan liga. Jika dilihat dalam kedudukan, Terengganu berada di tangga ketujuh, manakala Negeri Sembilan dibezakan dengan 3 anak tangga iaitu ditempat kesepuluh.

Jika dilihat daripada perlawanan sudah, Terengganu sepertinya mampu untuk menewaskan Negeri Sembilan ekoran keputusan yang lebih baik berbanding pihak lawan apabila sudah menang dan seri masing-masing dua kali dan hanya tewas sekali dalam 5 perlawanan akhir.

Negeri Sembilan Perlu Berwaspada

Berbeza dengan Negeri Sembilan jika melihat aksi dalam 5 perlawanan terakhir. Mereka tidak meraih sebarang kemenangan pun baik bermain di tempat sendiri apatah lagi di tempat lawan. Hanya seri dua kali dan tewas tiga kali.

Tidak boleh tidak, Negeri Sembilan perlu mencari jalan dengan mengatur strategi yang baik ketika berdepan dengan Terengganu di tempat lawan. Pasukan tuan rumah pasti akan menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk meraih tiga mata.

Siaran Langsun Dan Live Streaming Terengganu vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Terbaik pastinya datang menyaksikan perlawanan ini di stadium. Sekiranya tidak berkesempatan, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Untuk yang tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini iaitu secara live streaming menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Satu Perlawanan dengan harga RM7.90 atau secara bulanan berharga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Terengganu vs Negeri Sembilan

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Terengganu vs Negeri Sembilan pada Jumaat ini, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau live di Astro.

28 Julai 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (1) - (1) Negeri Sembilan

  • Ivan Mamut 66'
  • Herold Goulon 88'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post