Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa Dan Pantun Menarik Untuk Ayah Anda Tahun 2023

Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa Dan Pantun Menarik Untuk Ayah Anda Tahun 2023

Hari Bapa adalah hari yang disambut setiap tahun di seluruh dunia iaitu pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun. Jadi untuk tahun 2023, kita akan menyambutnya pada 18 Jun 2023 iaitu pada hari Ahad ini.

Ianya bukanlah hari perayaan rasmi seperti hari raya yang disambut setiap tahun. Hanya sekadar hari penghargaan kepada insan yang bergelar ayah, bapa, daddy, abi atau apa gelaran sekali pun dimana beliau merupakan ketua keluarga.

Pada hari istimewa ini, kita dapat mengungkapkan perhargaan dan ucapan selamat kepada ayah kita yang tercinta yang mana selama ini banyak berkorban tenaga, masa dan wang demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Ucapan Selamat Hari Bapa adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada ayah kita. Ucapan ini boleh anda berikan terus kepada ayah-ayah anda atau boleh juga kongsikan di laman media sosial anda seperti facebook, twitter, tiktok, instagram dan whatsapp.

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Bapa Tahun 2023

Berikut merupakan antara contoh ucapan serta pantun Selamat Hari Bapa daripada pelbagai sumber yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada bapa-bapa anda.

Semoga ucapan-ucapan ini memberikan perkara positif dan kegembiraan kepada ayah anda yang menyambutnya pada tahun ini.

Ucapan Selamat Hari Bapa 1

Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa

Ucapan Selamat Hari Bapa 2

Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbanmu membesarkan kami

Ucapan Selamat Hari Bapa 3

Disetiap keringatmu, disetiap nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih ayah...

Ucapan Selamat Hari Bapa 4

Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa buat selamanya.

Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh dunia!

Ucapan Selamat Hari Bapa 5

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah

Ucapan Selamat Hari Bapa 6

Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.

Ucapan Selamat Hari Bapa 7

Terima Kasih Ayah! Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu

Ucapan Selamat Hari Bapa 8

Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.

Ucapan Selamat Hari Bapa 9

Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.

Ucapan Selamat Hari Bapa 10

Dad, everything you've done for me has not gone unnoticed. Thank you today, and every other day.

Ucapan Selamat Hari Bapa 11

What a gift you are in my life. You are one of a kind! Happy Father's Day.

Ucapan Selamat Hari Bapa 12

I love talking to you, hanging out with you, and hearing your advice. Thankful for you every day, but especially today!

Ucapan Selamat Hari Bapa 13

I'm grateful for you, Dad, and I'm not sure I'll ever be able to pay you back for all that you've done for me. Happy Father's Day!

Pantun Selamat Hari Ayah 2023

Pantun Selamat Hari Ayah 14

Daun selasih daun pegaga,
Masam manis si buah rawa,
Memori ayah bersemi di raga,
Kasih tak luput di dalam jiwa.

Pantun Selamat Hari Ayah 15

Mencari daun buah beringin,
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.

Pantun Selamat Hari Ayah 16

Dada bersirat bercerai nyawa,
Masakan cepat memberi mati,
Semangat ayah penguat jiwa,
Manakan dapat ku cari ganti.

Pantun Selamat Hari Ayah 17

Tumbuhlah liar petai di kota,
Selasih tiada sebeban pegaga,
Sungguhlah benar bagai dikata,
Kasih ayahanda berkorban tenaga.

Pantun Selamat Hari Ayah 18

Kelapa diperah sebelah saja,
Serawa dimasak lama sehari,
Sungguhpun jarang menutur kata,
Kasihnya ayah kami mengerti.

Pantun Selamat Hari Ayah 19

Sirih bertanda sudah diserta,
Lepat dibancuh hendak diniaga,
Kasih ayahanda bernoktah tiada,
Tempat berteduh tunggak keluarga.

Pantun Selamat Hari Ayah 20

Beralihnya jerebu angin teraju,
Alihnya tanpa dilanda basah,
Kasihnya ibu sedingin salju,
Kasihnya bapa tiada berpisah.

Doa Buat Ayah

Doa Buat Ayah 1

Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.

Doa Buat Ayah 2

Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.

Doa Buat Ayah 3

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.

Doa Buat Ayah 4

Ya Allah Ya Tuhanku, mungkin aku tidak mampu membahagiakan kedua ibu bapaku dengan kemewahan dan kasih sayang… Dengan pertolongan-Mu, perkenankanlah doaku ini. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka. Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibu bapaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil. Amin Ya Robbal Alamin.

Post a Comment

Previous Post Next Post