Senarai Smart TV Support Aplikasi Sooka

Senarai Smart TV Support Aplikasi Sooka

Sebenarnya sekarang dah banyak jenama smart tv yang telah menyokong aplikasi Sooka secara sah. Ini bermakna anda hanya perlu pilih sahaja mengikut bajet dan perspektif anda terhadap jenama-jenama tersebut.

Inilah peluang untuk anda tonton kandungan Astro tanpa perlu melanggan Astro apabila Sooka ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Tambahan lagi, tiada kontrak yang perlu anda patuhi. Anda boleh langgan atau subsribe dan batalkan pada bila-bila masa sahaja. Berbeza dengan Astro kan.

Selain itu, Sooka.my ini juga menjadi alternatif utama jika anda ingin menonton sukan terutamanya Premier League, EPL. Yes, dengan Sooka anda boleh tonton semua siaran langsung sukan sama seperti di Sooka.

Pada awal pengenalan pastinya ramai mengeluh katanya Sooka hanya tersedia di website laptop iaitu di Sooka.my dan juga aplikasi mobile dan tablet serta ketika itu tiada di smart tv. Ye la kan, nak tengok bola di tv lagi puas hati dengan skrin besar kan.

Tetapi semua masalah itu tidak berlaku lagi dan kini telah selesai apabila banyak jenama smart tv di pasaran Malaysia telah menyokong aplikasi ini tanpa perlu anda sideload pun. Just perlu install and play sahaja.

Jadi nak tengok jenama smart tv apa yang telah menyokong aplikasi Sooka, jom kita tengok senarai dibawah.

Peranti Yang Kini Menyokong Aplikasi Sooka

Peranti Android dan iOS :

  1. Semua iPhone dan iPad yang menyokong iOS 11 dan keatas (Play Store)
  2. Semua telefon Android dan tablet yang menyokong Android 7.0 dan keatas (App Store)

Web Broswer di Sooka.my :

  1. Versi 79.0 dan keatas untuk Google Chrome
  2. Versi 73.0 dan keatas untuk Mozilla Firefox
  3. Versi 13.0 dan keatas untuk Apple Safari

Android TV :

  1. Jenama Sony dengan versi Android 8.0 dan keatas
  2. Jenama Sharp dengan versi Android 8.0 dan keatas

Contoh Android TV :-

[Sony]

[Sharp]

Smart TV :

  1. Model LG TV 2018 dan keatas dengan Web OS 4.0 dan keatas
  2. Model Samsung TV 2018 dan keatas dengan OS Tizen 4.0 dan keatas

Contoh Smart TV :-

[LG TV]

[Samsung TV]

Untuk info lanjut, boleh tengok di Help Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post