Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Sabah Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Sabah Live Streaming

Aksi Liga Super 2023 kini sudah memasuki minggu ketiga belas dan kini akan berlangsung tujuh lagi perlawanan melibatkan semua pasukan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs Sabah FC.

Ini merupakan minggu terakhir pusingan pertama Liga Super untuk musim 2023. Selepas ini mereka akan memasuki pusingan kedua dan kesemuanya akan bertemu sekali lagi sehingga tamat saingan liga pada Disember ini.

Kedah selaku tuan rumah akan melayan kunjungan pasukan jauh datang jauh daripada Borneo iaitu Sabah. Ianya menjadi antara perlawanan tumpuan untuk minggu ini kerana masing-masing berada di kedudukan atas liga.

Setakat lima perlawanan terakhir liga, Kedah sepertinya masih belum jumpa rentak kemenangan apabila sudah tewas sebanyak tiga kali dan menang dua kali. Kemenangan pada minggu sebelumnya itu masih tidak memberikan peluang untuk Kedah meneruskan aksi kemenangan pada minggu lalu.

Berbeza dengan pasukan Sabah dimana mereka tidak tewas dalam tempoh masa yang sama seperti Kedah. Dalam kelima-lima perlawanan tersebut, mereka sudah menang tiga kali dan seri dua kali. Disebabkan itu, Sabah sedikit selesa berada di tangga keempat liga, atas satu tangga daripada Kedah di tangga kelima.

Jika dilihat daripada prestasi semasa untuk kedua-dua pasukan, perlawanan ini mungkin untuk Sabah. Tetapi mereka perlu menghadapai laungan penyokong Kedah dimana mereka akan menjadi tuan rumah. Ada kelebihan untuk mereka.

Jadi jika ingin merialisasikan harapan tersebut, penyokong-penyokong Kedah perlu datang beramai-ramai ke stadium untuk berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Tiket juga sudah mula dijual. Boleh beli secara online atau beli tiket fizikal di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Kedah vs Sabah Di Liga Super 2023

Untuk penonton yang berada di rumah, jangan risau kerana anda juga boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming sama ada di platform laman web di https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Boleh buat langganan dengan harga serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau dengan pas bulanan berharga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kedah vs Sabah

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawan antara Kedah Darul Aman FC menentang Sabah FC pada hari Jumaat ini, 2 Jun 2023, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman atau secara live di Arena Bola 803

2 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Kedah (2) - (1) Sabah

  • Gabriel Peres 8'
  • Lee Tuck 40', 72'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post