Senarai TV 4K Terbaik Bawah Harga RM2000 Tahun 2024

Senarai TV 4K Terbaik Bawah RM2000 Tahun 2023

Sekarang kalau nak tengok tv dengan kualiti 4K atau Ultra-HD mesti mahal kan? Tapi sebenarnya kini tidak lagi, dengan harga kurang RM2000 pun anda boleh dapatkan sebuah TV 4K dengan kualiti terbaik di pasaran.

Kini sudah banyak rancangan yang menyediakan kualiti sehingga 4K. Ini bermakna, gambar lebih tajam, kualiti lebih baik jika dibandingkan dengan Full-HD atau HD yang rata-rata sebelum ini hanya pada sebuah televisyen.

Astro juga telah menyediakan saluran 4K dengan menggunakan Ultra Box. Selain itu, penstriman online seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Prime Video dan banyak lagi rata-rata mereka juga ada menyediakan kualiti sehingga format 4K.

Akan tetapi, jika anda ada Ultra Box, ada Netflix tapi tiada TV 4K, anda tidak boleh nikmati segala keistimewaan tersebut. Ini kerana kualiti sebuah kandungan video tersebut semuanya bergantung kepada tv anda tersebut.

Tidak boleh tidak, anda perlu dapatkan sebuah TV 4K untuk tengok cerita dengan kualiti 4K. Sekarang pun dah banyak pilihan dan anda hanya ikut bajet dan minat anda sahaja. Anda boleh tengok sini senarai TV 4K terbaik dengan harga kurang RM2000 untuk tahun 2024.

Senarai TV 4K Terbaik Tahun 2024 Dengan Harga Bawah RM2000

Tambahan lagi, kesemua senarai TV 4K ini adalah sama ada Google TV, Android TV atau Smart TV yang tersedia kesemua ciri pintar termasuk saiz skrin sehingga 50-inci.

1)  Mi TV P1 55" (RM1,499)

Mi TV P1 55" (RM1,499)

Antara pilihan Android TV 4K yang paling murah dalam pasaran. Bukan itu sahaja, dalam senarai ini juga, ianya menawarkan saiz skrin yang paling besar iaitu 55-inci. Disediakan dengan RAM 2GB dan saiz storage sehingga 16GB eMMC. Bukan itu sahaja, ianya juga menyokong Dolby Vision, HDR10+ dengan warga gamut luas. Dolby Audio pun ada.

Sebab dia menggunakan operasi Android TV, anda boleh kawal TV dengan menggunakan suara dengan Google Asssistant sahaja.

Harga: RM1,499 (Shopee | Lazada)

2)  Hisense 4K UHD 50A6500H (RM1,649)

Hisense 4K UHD 50A6500H (RM1,649)

Dengan harga RM2000, anda boleh dapatkan tv jenama Hisense dengan resolusi 4K UHD dan didatangankan dengan HDR10 dan Dolby Atmos. Bukan itu sahaja, dianya juga didatangkan dengan reka bentuk Bezel-less. Jadi anda boleh tengok tv hampir penuh tanpa bingkai.

Ianya menggunakan Google TV yang berasaskan Android. Jadi jangan risau, kebanyakkan aplikasi di Play Store, ada di tv ini.

Harga : RM1,649 (Shopee | Lazada)

3)  Philips 50PUT7406 (RM1,549)

Philips 50PUT7406 (RM1,549)

Sebuah lagi Android TV dengan kualiti 4K UHD yang anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga kurang RM2000. Ada juga Dolby Vision, HDR10+ dan pastinya Dolby Atmos.

Setakat nak main game, tonton Netflix, Youtube, layan lagu di Spotify dan banyak lagi dengan hanya download aplikasi daripada Google Playstore yang tersedia.

Harga : RM1,549 (Shopee | Lazada)

4)  Toshiba 4K Smart 4K TV E300L (RM1,699)

Toshiba 4K Smart 4K TV E300L (RM1,699)

Sedikit berbeza dengan senarai tv diatas, kerana mereka menggunakan merupakan Android TV. Untuk Toshiba ini ianya dijalankan dengan menggunakan OS TV VIDAA. Masih ada HDR10, Dolby Vision serta Regza Power Audio.

Sebab ianya bukan Android TV, jadi pilihan aplikasi yang disediakan tidak terlalu banyak jika dibandingkan dengan Google Playstore. Tapi masih menyediakan aplikasi asas utama seperti Netflix, Youtube, Prime Video dan sebagainya.

Untuk penggunakan iPhone dan iPad pasti menggemari tv ini kerana ianya menyokong Apple AirPlay. Jadi anda boleh sambungkan peranti anda tanpa wayar.

Harga : RM1,729 (Shopee | Lazada)

5)  Samsung 4K Smart TV 50AU7000 (RM1,647)

Samsung 4K Smart TV 50AU7000 (RM1,500)

Ianya merupakan sebuah jenama tv yang paling dipercayai di dunia. Samsung TV 50-inci ini diperkasa cip Crystal Processor 4K serta menjalankan OS Tizen dan juga boleh sambung laptop dan telefon tanpa wayar.

Masih menyediakan aplikasi seperti Youtube, Netflix, Disney+ Hotstar dan banyak lagi. Boleh layan pelbagai cerita dengan kualiti Ultra-HD yang lebih jelas

Harga : RM1,647 (Shopee | Lazada)

Post a Comment

Previous Post Next Post