Senarai ATM Ambank 2023 Dengan Pengeluaran Duit Raya RM10

Senarai ATM Ambank 2023 Dengan Pengeluaran Duit Raya RM10

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini pihak Ambank sekali lagi akan menceriakan hari raya anda apabila mereka telah mengumumkan menyediakan beberapa mesin ATM yang menyediakan duit raya baru RM10 di beberapa lokasi terpilih.

Hari Raya Aidilfitri sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam termasuk di Malaysia selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Pelbagai persiapan akan dibuat sebelum tibanya hari dan antaranya adalah menyediakan Duit Raya untuk sanak-saudara.

Ini sudah menjadi adat dan dalam masa yang sama niat untuk sedekah kepada saudara dan kenalan. Dalam waktu ini jugalah, kita akan hulurkan duit raya berwajah baru dan masih cantik. Tetapi bukanlah bermakna duit lama tidak bernilai atau ada susut nilai. Ianya hanya sekadar menyerikan mood hari raya sahaja.

Disebabkan itu, orang ramai biasanya akan datang mana-mana cawangan bank untuk buat pertukaran duit raya yang baru. Tetapi bilangannya pasti terhad dan anda perlu beratur panjang tunggu giliran.

Jadi sebagai alternatif lain untuk dapatkan 'duit baru' ini, pihak bank juga ada menyediakan beberapa mesin ATM yang mengandungi duit baru tersebut dan daripada situlah orang ramai boleh dapatkan dengan buat pengeluaran mengikut kehendak.

Antara yang menyediakan perkhidmatan mesin ATM Raya ini adalah Ambank. Walaupun begitu, mereka hanya hadkan pengeluaran untuk duit atau note RM10 sahaja. Tiada RM1 atau RM5 untuk anda buat pengeluaran.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Ambank

Penukaran atau pengeluaran duit raya di mesin ATM ini adalah untuk pengguna Ambank sahaja. Sekiranya anda bukan pengguna Ambank, anda boleh juga tukar di mesin ATM seperti Maybank, Affin Bank, CIMB dan sebagainya.

  1. Anda pergi ke mana-mana lokasi dan cawangan Maybank yang terpilih
  2. Pilih mesin ATM yang ada gambar tertera 'dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini'
  3. Kemudian anda buat pengeluaran seperti biasa. Duit baru serba wangi akan keluar daripada mesin atm tersebut.

Senarai Lokasi Mesin ATM Ambank Menyediakan Duit Raya Untuk Tahun 2023

Sekiranya anda berhasrat untuk tukar duit raya di mesin ATM Maybank, anda boleh berbuat demikian dengan kadar yang segera sebelum stok kehabisan. Anda boleh senarai lokasi cawangan mesin ATM yang tersenarai dibawah

Negeri Cawangan Pengeluaran
Lembah Klang Jalan Raja Chulang RM10
Lembah Klang Jalan Yap Kwan Seng RM10
Lembah Klang Wangsa Maju RM10
Lembah Klang Amcorp Mall RM10
Lembah Klang Ampang Point RM10
Lembah Klang Bangsar Baru RM10
Lembah Klang Semenyih RM10
Lembah Klang Kajang RM10
Lembah Klang Kota Damansara RM10
Lembah Klang BB Sungai Buloh RM10
Lembah Klang Bestari Jaya RM10
Lembah Klang Setia Alam RM10
Lembah Klang Shah Alam - Section 15 RM10
Lembah Klang Bandar Sri Permaisuri RM10
Lembah Klang Tanjung Karang RM10
Melaka Bandar Utama Cheng RM10
Negeri Sembilan Tampin RM10
Johor Setia Tropika RM10
Johor Pontian RM10
Johor Kota Tinggi RM10
Johor Muar RM10
Perak Teluk Intan RM10
Perak Sitiawan RM10
Perak Silibin RM10
Penang Seberang Jaya RM10
Penang Sungai Dua RM10
Kedah Jitra RM10
Perlis Kangar RM10
Kelantan Kota Bharu RM10
Terengganu Kuala Terengganu RM10
Sabah Kudat RM10
Sabah Sandakan - Bandar Pasaraya RM10
Sabah Lahad Datu RM10
Sabah Tawau RM10
Sarawak Kuching - Haji Taha RM10
Sarawak Kuching - Tabuan Jaya RM10
Sarawak Bintuli RM10
Sarawak Miri - Beautiful Jade Centre RM10

Jadi boleh dapatkan sekarang di lokasi mesin ATM Ambank yang terpilih seperti diatas sebelum habis. Ianya juga lokasi atm maybank berdekatan dengan anda. Senarai ini sama seperti yang dikeluarkan oleh Ambank Malaysia


Post a Comment

Previous Post Next Post