Siaran Langsung Piala Sumbangsih JDT Vs Terengganu Live 2023

Siaran Langsung Piala Sumbangsih JDT Vs Terengganu Live 2023

Akhirnya detik ini telah tiba apabila perlawanan pembukaan Liga Super 2023 akan berlangsung pada 24 Februari 2023, hari Jumaat secara langsung mempertemukan JDT dan Terengganu menerusi Perlawanan Sumbangsih.

Dalam perlawanan ini, selain daripada mencari 3 mata pertama, pemenang juga bakal dinobatkan sebagai juara untuk Piala Sultan Haji Ahmad Shah. JDT selaku juara liga musim 2022 bertemu Terengganu untuk naib juara.

Terengganu pastinya ingin mencari piala sulung di musim terbaru ini, disamping Johor Darul Ta'zim ingin mengekalkan kejuaraan seperti yang dimilikinya pada awal musim 2022 yang lalu apabila menewaskan KL City ketika itu.

Siaran Langsung Perlawanan Sumbangsih JDT Vs Terengganu Tahun 2023

Perlawanan ini juga pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai peminat bola sepak tempatan. Kita bakal lihat adalah JDT akan terus mendominasi perlawanan dengan permainan cantik seperti yang ditunjuk pada 9 musim yang lalu. Atau adakah Terengganu berjaya mengekang kemaraan pasukan harimau selatan tersebut.

Jadi bagi yang berdekatan jangan lupa untuk datang ke stadium dengan dapatkan tiket masuk secara online di tickets.jdtfc.com.my. Datang dan berikan sokongan kepada pasukan anda.

Tetapi jangan risau kepada yang jauh dan tidak berkesempatan untuk datang, kerana perlawanan ini turut akan disiarkan di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, di Astro, anda boleh tonton di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi Perlawanan Sumbangsih untuk Piala Sultan Ahmad Shah antara JDT dan Terengganu.

24 Februari 2023 (Jumaat)

FT : JDT (2) - (0) Terengganu

  • Juan Muniz 5'
  • Bergson da Silva 57' 

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : TV Okey, Sukan RTM, Astro Arena, Arena Bola
Live Streaming : RTM Klik, Sooka

JDT dinobatkan sebagai juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post