3 Cara Anda Boleh Saksikan Perlawanan Liga Super 2023 Di Astro

3 Cara Anda Boleh Saksikan Perlawanan Liga Super 2023 Di Astro

Seperti yang diumumkan pada awal Februari yang lalu, Liga Malaysia kini kembali akan disiarkan di Astro untuk 3 musim yang akan datang. Pastinya kita boleh jangka macam-macam akan dibawa di kaca tv selepas ini.

Selain Astro, RTM juga menjadi penyiar rasmi untuk Liga Malaysia 2023 kali ini. Tapi untuk Astro, mereka akan memenuhi kemahuan peminat bola sepak tempatan yang sebelum ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Antaranya Astro akan melancarkan saluran khusus Liga Malaysia iaitu Arena Bola bermula 24 Februari ini untuk membuat liputan pertandingan menyeluruh termasuk semua 244 perlawanan secara langsung dalam HD bermula dengan Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Itu adalah yang utama. Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan disebalik tabir latihan pasukan, ikuti ulasan sebelum dan selepas perlawanan serta mendapatkan kemaskini dan berita terbaru. Semua ini anda boleh nikmati di Astro.

Jadi untuk anda nikmati semua perkara diatas, anda boleh dengan 3 cara iaitu sebagai pengguna Astro, pengguna NJOI atau guna aplikasi Sooka sahaja:

Jika anda pengguna Astro dengan Pek Sukan (Sports Pack)

Berita baik, anda kini boleh menonton dan nikmati kesemua perlawanan Liga Malaysia termasuk saluran tambahan Arena Bola tanpa sebarang caj tambahan.

Jika anda pengguna Astro tanpa langganan Pek Sukan (Sports Pack)

Cara pertama, anda boleh tambah langganan Pek Sukan dengan harga RM81.99 sebulan. Tapi dengan ini, anda bukan sahaja boleh tonton Liga Malaysia, tapi boleh tengok EPL, UCL, UEL, Badminton dan semuanya la.

Tetapi anda juga boleh tambah hanya untuk Pas Liga Malaysia sahaja dengan harga RM4.99 sebulan untuk tiga bulan pertama. Boleh dapat semua yang berkaitan dengan Liga M yang ditawarkan Astro.

Jika anda BUKAN pengguna Astro

Anda perlu lah daftar akaun Astro dan ambil terus langganan Pek Sukan (Sports Pack) dengan tawaran harga RM81.99 untuk 18 bulan. Semua saluran sukan boleh tengok termasuk juga diberikan akses Astro Go dan beIN Sports Connect secara percuma

Jika anda pengguna NJOI

Beli Sports mega Pack Baharu dengan harga RM70 sebulan. Anda boleh tonton semua saluran sukan termasuk Liga Malaysia. Ataupun, anda hanya boleh beli Pas Liga Malaysia sahaja dengan harga RM29 sebulan.

Untuk pengguna Sooka

Ini adalah pilihan terakhir, jika anda tidak mahu langgan Astro dan NJOI, anda boleh langgan Sooka untuk menonton perlawanan Liga Malaysia. Paling penting tanpa kontrak tau. Boleh cancel pada bila-bila masa sahaja

Pilihan pertama, boleh subscribe VIP+Sports dengan harga RM41.90 sebulan. Boleh tengok semua saluran sukan termasuk Liga Malaysia. Tapi terhad untuk phone dan web browser sahaja. Kalau nak tengok di Smart TV, kena langgan VIP TV dengan harga RM62.90 sebulan.

Nak murah lagi pun ada, boleh Pas Perlawanan Tunggal dengan harga RM4.90 sahaja untuk 1 perlawanan. Pilih sahaja mana-mana perlawanan yang anda ingin tonton dan beli. Atau boleh beli Pas Perlawanan Bulanan dengan harga RM28.90 sebulan. Tapi ni boleh tengok Liga Malaysia sahaja la. Saluran sukan lain tak boleh.

Menarik? Ada yang berkenan dihati? Yang penting support liga tempatan dengan menonton di saluran yang sah sahaja...  Nak dapat free, percuma je takda dah la seperti unifi sebelum ni

Info lanjut, tengok sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post