Tonton Percuma 10 Saluran Astro Terpilih Dari 15 - 31 Januari 2023

10 saluran terpilih Astro untuk tontonan secara percuma tahun 2023

Semua pelanggan dapat nikmati tontonan percuma untuk 10 saluran Astro dan Tv dan Astro Go bermula 15 hingga 31 Januari 2023 sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberi pada Anugerah Putra Brand 2022.

Antara 10 saluran dan kandungan yang ditawarkan untuk tontonan percuma dalam tempoh yang ditetapkan ini ialah:

tvN HD (CH395): filem hit Korea seperti Missing: The Other Side S2 dan Birdie Boys

BOO HD (CH404): filem seram Asia seperti Pengabdi Setan, Hantu Bonceng 2.0 dan Penunggang Agama

SHOWCASE MOVIES (CH413): filem kegemaran sepanjang zaman seperti Mission: Impossible - Fallout, The Bourne Legacy dan Baywatch

CNN HD (CH511) dan BBC World News HD (CH512): berita terkini dari seluruh dunia.

Dalam tempoh ini juga, Astro turut memperkenalkan 4 lagi saluran baru untuk pra tonton, juga secara percuma iaitu:

CBeebies (CH620), saluran yang menawarkan pelbagai kandungan untuk pra sekolah seperti Bluey S2, Hey Duggee S4, Thomas & Friends, JoJo & Gran Gran S2

DreamWorks (CH622), sebuah saluran 24 jam dengan kandungan mengfokuskan kanak-kanak dan keluarga seperti The Boss Baby: Back in Business, The Adventures of Puss in Boots, Kung Fu Panda: The Paws of Destiny, Trolls: The Beat Goes On!, Dragons: Race to the Edge dan banyak lagi

Love Nature (CH558) dan Love Nature 4K (CH549), menawarkan kandungan tentang keajaiban alam termasuk Africa's Hidden Kingdoms, Shark Squad, Strange Creature dan New Kids In The Wild. Untuk saluran Love Nature 4K, ianya tersedia untuk semua pelanggan Astro yang menggunakan Ultra Box

Akhir sekali adalah Global Trekker (CH559) iaitu sebuah saluran hiburan fakta yang meliputi tentang budaya, makanan, pengembaraan, inovasi terbaru dan tentang personaliti biografi popular termasuk Tech Billionaires: Elon Musk, David Beckham: Infamous, Adele: A New Chapter dan Queen Elizabeth: A life time Of Service.

Selain itu, sempena Chinese New Year (CNY), semua pelanggan Astro juga boleh nikmati saluran pop-up, Too FUN (CH100) secara percuma mulai 14 Januari hingga 12 Februari 2023.

Saluran ini menyediakan kandungan hiburan yang menarik daripada pelbagai rancangan, drama serta filem terhangat termasuk From Beijing with Love, I Fine..Thank You..Love You dan CZ12

Post a Comment

Previous Post Next Post