Koleksi Ucapan & Pantun Selamat Tahun Baru 2023 (New Year)

ucapan dan pantun selamat tahun baru 2023 untuk semua malaysia

Ucapan selamat tahun baru boleh anda berikan kepada pasangan, rakan atau keluarga anda ketika menyambut Tahun Baru 2023. Untuk berikan ucapan selamat tahun baru, anda boleh sampaikan dengan cara berbeza iaitu dengan pantun.

Memberikan pantun sebagai ucapan selamat tahun baru pastinya lebih menarik dan berbeza daripada yang lain. Ucapan pantun ini juga boleh juga digunakan dalam perayaan-perayaan lain juga kelak mengikut kesesuai.

Lepas ni boleh share di laman media sosial anda seperti di facebook, twitter, instagram dan buat video di tiktok serta kongsikan bersama kawan-kawan di Whatsapp juga.

Senarai Ucapan Dan Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Ada beberapa inspirasi ucapan dan pantun Malaysia yang sesuai diberikan kepada kenalan rapat dan keluarga anda. Boleh semak senarai ucapan dan pantun Selamat Tahun Baru 2023 dibawah

Ucapan Selamat Tahun Baru 2023

Ucapan 1

Selamat Tahun Baru 2023

Semoga tahun baru membawa anda kebahagian, kedamaian dan kemakmuran.

Ucapan 2

Selamat Tahun Baru untukmu. Semoga tahun yang akan datang membawa keberkatan serta kedamaian kepada anda

Ucapan 3

Sambutlah tahun baru ini dengan semangat baru dan jiwa yang lebih maju dan optimis. Selamat Tahun Baru 2023 untuk semua.

Ucapan 4

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun 2023 menjadi tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya dengan banyak perkara yang sudah kita belajar.

Yang penting, hati-hati berbelanja tahun mendatang. Jaga kewangan anda.

Ucapan 5

Selamat Menempuh Tahun Baru 2023

Semoga tahun baru ini memberi kita seribu harapan, kejayaan dan impian. Semoga kita semua terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ucapan 6

Selamat Tahun Baru 2023

2022 telah mengukir seribu satu pengalaman yang pahit dan manis. Kini 2023 bakal membuka tirai dengan harapan dan sinar yang baru.

Ucapan 7

Selamat Tahun Baru 2023!

Tahun baru anda tidak akan bawa apa-apa makna jika anda masih terus bertindak dengan cara yang sama.

Jika tahun pada 2022 ada perkara betul yang anda berjaya buat, jangan tinggalkan. Tapi buat 10 kali ganda untuk tahun ini.

Ucapan 8

Selamat Tahun Baru 2023

Jangan sesali masa dahulu. Jangan risaukan masa hadapan. Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Ucapan 9

Happy New Year 2023!

May God grace your life with His generosity and blessings!

Ucapan 10 

HAPPY NEW YEAR 2023

May this New Year brings you the long lasting happiness and success. A great new start that make you happy and joyful.

Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Pantun 1


Pergi berburu membawa senapan,
Perginya bersama dengan Aman Ra,
Selamat tahun baru saya ucapkan,
Semoga bahagia dan sejahtera.

Pantun 2

Ada awal ada akhir,
Ada nasi, ada bubur,
Tahun 2022 akan berakhir,
Sudahkan kita bersyukur?

Pantun 3

Langit rahmat warnanya biru,
Cuaca redup indahkan flora,
Diucap Selamat Tahun Baru,
Moga hidup lebih sejahtera.

Pantun 4

Jalan-jalan ke Pekan Rabu,
Jangan lupa membeli tauhu,
Diucapkan semua Selamat Tahun Baru,
Semoga bahagia dan sukses selalu.

Pantun 5

Rakan jauh datang berjumpa,
Setelah itu keluar ke pasar berdua,
Selamat Tahun Baru 2023,
Semoga semakin sukses dan sentiasa bahagia.

Pantun 6

Minum kopi dalam cangkir,
Makan roti sapu bersama susu,
Hari ini akan berakhir,
2022 akan berlalu.

Pantun 7

Awal pagi pergi ke kedai,
Mencari barang untuk bekalan,
2022 bakal melabuhkan tirai,
2023 bawa penuh harapan.

Pantun 8

Pergi ke perpustakaan membaca buku,
Main game tidak mendapat ilmu,
Selamat Tahun Baru kepada cintaku,
Akan ku bersegera melamarmu

Pantun 9

Dalam gelas ada sudu,
Sudu disimpan dalam belanga,
2022 akan berlalu,
2023 akan menjelma

Pantun 10

Manis rasanya si buah duku,
Seperti minum susu coklat,
Selamat tahun baru kepada sahabatku,
Semoga kita terus bersahabat.

Pantun 11

Berjalan-jalan di pekan baru,
Sambil hirup udara nyaman,
Saya ucap Selamat Tahun Baru,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Pantun 12

Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat di pokok jati,
Tahun yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang sakitlah hati.

Pantun 13

Tahun 2022 penuh ceria,
Ceria menerima rezeki berganda,
Selalu ucap syukur kepadaNya,
Semoga hidup bahagia sentiasa

Pantun 14

Daun palas jatuh ke riba,
Layu berguguran di angin deru,
2023 menjelang tiba,
Menanti cabaran di alaf baru.

Pantun 15

Memburu kijang di dalam rimba,
Berehat sebentar di tepi paya,
Tahun baru telahpun tiba,
Semoga azam kita berjaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post