Lirik Lagu BUAI Nyanyian Bunga

Lirik Lagu BUAI Nyanyian Bunga

Lagu BUAI nyanyian Bunga merupakan single terbaru daripada artis wanita yang juga penyanyi rap dimana beliau terkenal dengan penampilan berhijab bersama baju kurung apabila membuat persembahan.

Kalau nak rap ni mestilah kena ada lirik kan. Jadi barulah boleh ikut rap dan nyanyi bersama. Tambahan pula, lagu ini juga telah ada muzik video rasmi yang telah ditayangkan di laman Youtube Warner Music sejak November 2022 yang lalu.

Selain itu, lagu Buai juga boleh didengari di semua platform digital seperti Youtube Music, Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer.

Lagu : Buai
Penyanyi : Bunga
Komposer : Amzar Razqa, Muariffah, Sabbala, Bunga, Amsyar Razqa
Lirik: Sabbala, Bunga, Muariffah

Lirik Lagu BUAI

Intro 

Buai-buai, buai ku laju 

Buai oh buai, buai ku laju 

 

Chorus 

Bagai terbuai-buai, buai-buai 

Laju sampai ke pokok sena, 

Khayalanku angkasa, 

Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai 

Takut jatuh merana 

 

Verse 1 

Kecik cili padi dia sangka aku budak yang, 

Baru lepas belajar merangkak dan, 

Terpaksa kata ‘ya’ tak pandai kata ‘tak’ 

Kalau nak berjaya ikut kata apa dia nak 

 

Air beriak tanda tak dalam  

Jadi aku elak, banyakkan berdiam 

Simpan dalam hati moga terisi nanti, 

Bukan lembu dicucuk hidung nak ikut suka hati 

 

Silap mata takpe, jangan silap mulut 

Hidup macam graf ada naik turun, 

Cuma nak bebas walau berbaju kurung, 

Tetap usaha dan kalau tak dapat harini try esok, 

Lurus dan belok, 

Yang penting cuba dapat yang elok, 

Dan belajar untuk tak berharap, 

Duduk bandar masih banyak perangkap 

 

Chorus 

Bagai terbuai-buai, buai-buai 

Laju sampai ke pokok sena, 

Khayalanku angkasa, 

Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai 

Takut jatuh merana 

 

Verse 2 

Seakan mampu capai, 

Nampak gah mahligai siap singgah sana, 

Buai laju laju lagi, 

Biar melambung mimpi, 

Janji yang terbaik ku berikan untuk keluarga, 

 

Benda takkan settle fikir orang (yang) 

Tak suka pandang korang mara depan (nah) 

Yang minta jatuh sakit takleh bangkit balik, 

Beruntung doa mama tuhan kurnia penuh sakti, 

Moga lindungilah daku nanti, 

Selama di bumi, dengan sekalian, 

Patutnya makin jadi bersyukur, 

Mereka ada waktu tengah tak asyuk, 

Dah jelas bukan wang kertas buatkan buai ku asyik, 

Walau tersungkur takkan lama termenung, 

Memang ‘sal hendak mengubah nasib 

 

Chorus 

Bagai terbuai-buai, buai-buai 

Laju sampai ke pokok sena, 

Khayalanku angkasa, 

Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai 

Takut jatuh merana 

 

Bagai terbuai-buai, buai-buai (buai-buai) 

Laju sampai ke pokok sena, (buai oh buai) 

Khayalanku angkasa, 

Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai (buai-buai) 

Takut jatuh merana (buai oh buai) 

 

Bridge 

Jadi kena atur, sebelum semuanya menjadi kelam kabut 

Jika dalam kabus cari jalan keluar, 

Pastinya mudah 

Takkan aku terpedaya denganmu 

Dan terbuai, tak terbuai 

 

Chorus x2 

Bagai terbuai-buai, buai-buai (buai-buai, buaiku laju) 

Laju sampai ke pokok sena, 

Khayalanku angkasa, 

Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai  (buai oh buai, buaiku laju) 

Takut jatuh merana.


Post a Comment

Previous Post Next Post