Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Terengganu Tahun 2023

Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Terengganu Tahun 2022

Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar termasuk di Terengganu. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.

Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun Timur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi yang akhirnya membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.

Antara Barangan Keperluan Persediaan Banjir - DISINI

Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa dengan mangsa lemas dan sebagainya.

Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap sekarang. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.

Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.

Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.

Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Terengganu

Berikut merupakan senarai hotspot dan kawasan kerap berlaku banjir di negeri Terengganu untuk tahun 2022

Besut

Gong Kemuntong, Air Tawar, Kg. Belaoh, Kg. Seberang La, Pengkalan Nangka, Padang Buluh, Kg. Amir, Kg. Baharu, Gong Surau, Gong Guchil, Alur Keladi, Alur Selinsing, Felda Tenang, Kg. Darau, Chegar Batang, Gong Pasir Jabi, Kg. La, Jerteh, Alur Lintah, Kg. Pulau Riba, Kg Mata Air, Kubang Ikan, Kg. Renek, Kg Apal, Kg Lampu, Tembila, Tok Dor, Kg. Tok Has, Bukit Puteri, Kg Mata Air.

Setiu

Bukit Putera, Kg Bintang, Kg Desa Jaya, Bukit Nyior, Gong Terap, Pulau Gemia, Kg Guntung, Gong Gelegur, Kg Guntung Dalam, Kg Nyatoh, Ulu Seladang, Kg Che Mohid, Kg. Permaisuri, Kg. Besut, Langkap, Kg. Bukit, Kg. Sg. Tong, Kg Buluh Hulu, Pengkalan Merbau, Kg Pasir, Kg Buruk, Kg Che Long, Kg Kubang Kesing, Kg Tasik, Kg Lejang, Kg Telaga Putat, Kg. Bukit

Hulu Terengganu

Kg. Bukit Kolam Ajil, Kg. Jak, Kg Paya Besar, Kg. Batu 24, Kg. Menerong, Kg. Kemat, Kg. Kua, Kg. Padang, Padang Stor, Kg Baung, Kg Lubuk Periuk, Pasir Pelata, Kg. Paneh, PPSK Gunung Menerong, Kg. Nibung, Bukit Taduk, Kg. Teris, Kg Basung, Kuala Ping, Kg Pasir Dula, Kg Tapah, Kg Bukit Gemuruh, Kg Peris, KM11 Jln Sekatyu, Kg. Peladan, Kg Cheting.

Kemaman

Kg. Chenih, Kg Ban Ho, Kg Mak Cili, Kg Yak Yah, Pengkalan Cicar, Padang Kemunting, Sg. Pergam, Seberang Tayor, Pasir Semut, Kg. Paman, Kg Fikri, Pasir Minai, Jenang Baru, Kubang Kurus, Sg. Mas, Padang Kabu, Kg Pelantuh, Kg Tebak, Kg. Baru Kamasik, Bukit Mentok, Teluk Kalong, Mak Lagam, Sg. Pinang, Kg. Labuhan, Kg. Che Wan, Kg. Meraga, Kg. Kijal, Batu Puteh.

Dungun

Kuala Abang, Kg. Belimbing, Pasir Raya, Kg. Tualang, Kg Shukur, Kg Jadih, Kg. Ceniah, Kg Surau, Kg Rantau Panjang, Kg Talung, Kg Minda, Kg Tepus, Kg Pacur, Kg Legung, Padang Pulut, Kg Lentang, Kg Binjai, Kg Talong, Kg Chemuak, Padang Ping, Bukit Sodek, Jerangau Sungai. Kg. Lintang, Kg Baharu Gong Pasir, Kg. Tg Pagar, Kg. Paya, Kg Batu 5 dan 7, Kg Kuala Sungai, Jerangau, Kg Keltyu, Kg. Kelmin, Kuala Koh, Kg Tok Kah, Kg. Sura Hujung, Kg. Limbung, Kg Telaga Mas, Kg Pinang Merah, Kg Nyior, Kg Kongsi.

Marang

Taman Mas, Taman Al Amin, Bukit Sawa, Rusila, Kg Nangka, Kg Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Gong Balai, Rhu Renggeh, Rhu Dua, Kg Kijing, Kg Kelulut, Gong Merawang, Serating, Seberang Maran, Lubuk Pandan, Temala, Wakaf Tapai, Kg. Alur Tuman, Kg. Pulau Kerengga, Pasir Putih, Kg Tok Fakir, Rhu Muda.

Kuala Terengganu

Kubang Ikan, Chendering, PRMM Chendering, Jalan Sultan Omar, Taman Dahlia, Taman Alamanda, Taman Hjh Kalsom, Jln Kamaruddin, SK Kuala Ibai, Tmn Sri Intan, SMK Dato Ahmad Razali, Gong Pauh, Kaw. Kem Askar, Banggol TUan Muda, Bukit Tunggal, Taman Semarak, Kg Banggol, Padang Air.

Kuala Nerus

Tmn Desa Tanjung, Gong Badak, Pusat Perniagaan Paya Keladi, UNISZA, Simpang 3 UMT, Seberang Takir, Teluk Ketapang, Tok Jiring


Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post