Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Drama Luka Cinta Di Hati Diya akan mengisi slot Winduri bermula 28 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang menerusi saluran RTM TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama bersiri 26 episod yang diinspirasikan dari novel "Cinta Di Hati Diya" karya Hasliza Ismail merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman dan penulisan skrip daripada Farah Alya.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Syed Mirfan, Nonny Nadirah, Sanjna Suri dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Luka Di Hati Diya

Drama Luka Di Hati Diya mengisahkan tentang Diya Mirza (Isyariana), gadis pendiam di tempat kerjanya. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya.

Sehinggalah muncul Remy (Niezam Zaidi), staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.

Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Luka Di Hati Diya bermula 28 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV1 dan RTM Klik.

Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Post a Comment

Previous Post Next Post