Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online

Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online

Urusan beli tiket wayang sekarang menjadi lebih mudah apabila anda boleh dapatkan secara online dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Dah tak perlu beratur panjang di kaunter untuk beli tiket wayang.

GSC antara panggung wayang terbesar di Malaysia yang juga telah menyediakan perkhidmatan online ini. Selain beli di kaunter atau kiosk yang disediakan di panggung wayang, orang ramai boleh beli secara online menerusi aplikasi GSC.

Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online Di Aplikasi

Urusan sekarang semuanya lebih mudah. Anda boleh dapatkan tiket wayang dihujung jari anda sahaja. Hanya perlu install aplikasi di smartphone, pilih movie, pilih waktu dan tarikh yang diingini dan buat pembayaran melalui satu platform sahaja.

BACA : Dapatkan Tiket Wayang GSC Mudah Disini

Jadi jika anda masih tidak tahu cara nak beli tiket wayang GSC online menggunakan aplikasi mobile, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah:

Android | iOS | Huawei

  1. Download dan install aplikasi mengikut platform telefon pintar anda
  2. Kemudian daftar dan sign in menggunakan nombor telefon anda
  3. Jika sudah siap, kini anda sudah boleh mula beli dan dapatkan tiket wayang
  4. Pergi pada bahagian tab Cinemas
  5. Kemudian pilih dan cari lokasi panggung wayang GSC yang berhampiran atau yang anda ingin tonton nanti
  6. Pilih filem yang anda ingin tonton
  7. Pilih hari dan tarikh mengikut kesesuai anda
  8. Pilih waktu atau masa bila anda ingin tonton filem tersebut
  9. Kemudian pilih seat yang available iaitu waktu putih sahaja. Klik padanya dan tekan Confirm
  10. Pilih kuantiti tiket yang anda ingin beli. Tekan sahaja pada butang + untuk tambah jumlah tiket. Klik Confirm
  11. Anda juga boleh beli e-Combo atau makanan. Jika taknak, anda hanya tekan butang Next sahaja
  12. Akan dipaparkan harga yang perlu dibayar dan klik Checkout & Pay
  13. Pilih Payment Mode iaitu pilih bank dengan mengguanakan online banking. Akhirnya klik Pay
  14. Buat bayaran seperti biasa hingga selesai

Akhirnya anda akan dapat Kod QR dimana anda boleh lihat pada bahagian Me > My Ticket. Nanti nak masuk panggung wayang just imbas sahaja kod tersebut.

Juga disediakan tutorial bergambar cara beli tiket wayang GSC Online menggunakan aplikasi seperti dibawah:

1.  Buka aplikasi kemudian pada bahagian tab Cinemas, cari wayang yang berdekatan dengan anda. Kemudian pilih movie > tetapkan tarik dan waktu yang anda ingin datang tonton > pilih seat yang masih kosong dan berapa seat nak beli

Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online Di Aplikasi

2.  Akan dipaparkan berapa tiket yang anda beli. Boleh juga beli terus popcorn dan akhirnya buat pembayaran secara online banking seperti biasa

Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online Di Aplikasi

3.  Jika pembayaran berjaya, anda boleh dapatkan tiket dalam bentuk Kod QR di bahagian My Ticket. Hanya perlu imbas sahaja di panggung wayang nanti untuk masuk

Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online Di Aplikasi

Untuk info lanjut, boleh pergi ke www.gsc.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post