Jadual Kuliyah Dan Ceramah Ustaz Azhari Idrus November 2022

Jadual Kuliyah Dan Ceramah Ustaz Azhari Idrus November 2022

Setiap bulan, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus akan kongsikan lokasi kuliyah dan ceramah beliau sama ada di masjid atau surau di seluruh Malaysia. Untuk bulan November 2022, UAI telah kongsikan tarikh-tarikh ceramah dan kuliyah beliau.

Siapa sahaja yang tak kenal kepada Ustaz Azhar Idrus. Seorang penceramah yang berkongsikan ilmu-ilmu agama kepada orang ramai dalam bentuk santai dengan selingan lawak jenaka tetapi padat dengan ilmu yang dikongsikan.

⏩ Dapatkan koleksi soal jawab Ustaz Azhar Idrus Tentang Permasalahan Umat - DISINI

Apabila dengan kehadiran beliau, kebiasaanya tempat ceramah atau kuliyah tersebut pastinya ramai dan penuh dengan anak muda yang datang terutamanya untuk dengarkan ceramah beliau dimana sedikit sebanyak untuk mempelajari ilmu agama.

Jadual Ceramah Dan Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Bulan November 2022

Jadi untuk anda yang ingin ketahui dimana lokasi ceramah atau kuliyah Ustaz Azhar Idrus seterusnya, anda boleh tengok senarai dibawah. Boleh datang dengan rakan-rakan atau bawa sekeluarga untuk dengan majlis ilmu.

Ini merupakan jadual ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan November 2022 yang diadakan diantara waktu Maghrib dan Isyak atau selepas Isyak.

  • 1 November (Selasa) - Surau Kampung Ladang Kuala Terengganu
  • 2 November (Rabu) - Masjid Kg Sungai Ikan Jalan Kota Bharu Kuala Terengganu
  • 3 November (Khamis) - Masjid Kg Padang Mengkuang Bukit Payung Terengganu
  • 6 November (Ahad) - Masjid Al-Ikhwan Gelung Bilal Kuala Terengganu
  • 7 November (Isnin) - Masjid Al-Islah Kg Limbungan Besut Terengganu
  • 8 November (Selasa) - Masjid Kg Pusu 3 Bukit Payung Terengganu
  • 9 November (Rabu) - Masjid Che Lijah Dungun Terengganu
  • 10 November (Khamis) - Surau Al-Iman Kg Losong Kuala Terengganu
  • 12 November (Sabtu) - Masjid Jame' Simpang 4 Permatang Buluh Kepala Batas Pulau Pinang
  • 13 November (Ahad) - Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram Bayan Lepas Pulau Pinang
  • 16 November (Rabu) - Surau Lot 144 Pengkalan Sir Cukai Kemaman Terengganu
  • 17 November (Khamis) - Masjid Terapung Kuala Terengganu
  • 21 November (Isnin) - Masjid Lama Kg Baru Kerteh Kemaman Terengganu
  • 22 November (Selasa) - Masjid Kg Pauh Kuala Brang Hulu Terengganu
  • 23 November (Rabu) - Masjid Ar-Rasyidin Darat Batu Rakit Kuala Terengganu
  • 24 November (Khamis) - Surau As-Syakirin Taman Balok Perdana Balok Kuantan Pahang
  • 26 November (Sabtu) - Masjid Saydina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merak Kelantan
  • 27 November (Ahad) - Masjid Saujana Setiu Terengganu
  • 29 November (Selasa) - Surau Al-Hijrah Hulu Takir Kuala Terengganu

Jadual Kuliyah Dan Ceramah Ustaz Azhari Idrus November 2022

Sekiranya anda ingin ikuti lebih rapat apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ikuti laman facebook beliau di Ustaz Azhar Idrus Official.

Post a Comment

Previous Post Next Post