Jadual & Keputusan Perlawanan Final AFC Cup 2022

Jadual & Keputusan Perlawanan Final AFC Cup 2022

Saksikan pertembungan antara KL City FC vs Al Seeb dalam kejohanan Final AFC Cup 2022 pada 22 Oktober 2022, hari Sabtu yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila pasukan kedua yang mara ke pusingan akhir Final AFC Cup sama seperti pasukan JDT dan sekali gus merangkup piala tersebut pada tahun 2015. Adakah KL City juga mampu untuk mengulangi kejayaan tersebut?

KL City akan berdepan dengan pasukan daripada Oman, Al Seeb yang kini menduduki tangga keenam dalam liga utama mereka, Oman Professional League.

Jadual & Keputusan Perlawanan Final AFC Cup 2022

Jadi penyokong KL City datanglah beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan membanjiri dengan melaungkan kata semangat kepada pasukan anda. Boleh dapatkan tiket masuk secara online sekarang.

Tetapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, orang ramai juga boleh strim dengan melanggan elevensports di pautan www.elevensports.com dengan harga RM17.50 sebulan.

KL City FC (0) - (3) Al Seeb

Ali Al-Busaidi 22'
Abdulaziz Al-Muqbali 37'
Muhsen Al-Ghassani 69'

Tarikh : 22 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Al-Seeb kelab bola sepak dari Oman telah dinobatkan sebagai juara Piala AFC Cup 2022 selepas menundukkan KL City FC.

Post a Comment

Previous Post Next Post